Zaman sekarang ini tidak dapat dinafikan ramai yang berada dalam keadaan yang terdesak dan ia memaksa mereka ini untuk melakukan jenayah.
Hari ke hari, kita dapat lihat pelbagai jenayah yang dilakukan, pun begitu dengan kehadiran teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan aplikasi keselamatan ia sedikit sebanyak dapat membantu pengurangan kes-kes jenayah ini.
Terbaru, tular sebuah video dashcam yang memaparkan tindakan seorang lelaki baring dengan sengaja di tengah jalan dan pemandu kereta hampir melanggarnya.
https://www.instagram.com/tv/CjnaZ7HJNRT/?utm_source=ig_web_copy_link
Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu berlaku di jalan raya berhampiran Blok Empat Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu bertindak membaringkan dirinya di tengah jalan raya dan menghalang lalu lintas.
“Rakaman kejadian dimuat naik oleh pemilik akaun tersebut sekitar pukul 1 pagi tadi dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri, di sini.
Diharapkan pemilik atau pemandu kereta dan saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan” katanya.
“Apa motif dia eh?”
Video berdurasi 52 saat itu mendatangkan kemarahan serta kekeliruan oleh netizen, malah ada yang mengatakan lelaki tersebut berbuat demikian untuk menyamun pemandu yang lalu di situ.
Korang yang selalu memandu berseorangan tu, sentiasa berhati-hati ya!
Baca: [VIDEO] Aksi Budak Selamba Baring Atas Jalan Dikecam Netizen