in

“Nak lari sampai bila?!” – Lelaki Belasah Isteri Sampai Kritikal di ICU Masih Bebas, Netizen ‘Ganding Bahu’ Viralkan Sampai Jumpa

Ft Belasahwife

Sehingga kini masih belum ada berita penangkapan lelaki yang dikenali dengan nama Rosmaini Abd. Raof selepas suspek melarikan diri. Dia kini diburu pihak berkuasa kerana disyaki memukul dan mencederakan isteri yang sedang hamil sehingga menyebabkan mangsa kritikal.

Menurut Kosmo, mangsa mengalami kecederaan parah dan hasil pemeriksaan mendapati tengkorak kepada wanita yang hamil empat minggu ketika kejadian itu terpaksa dibuang akibat pendarahan. Bukan itu saja, mangsa turut mengalami keretakan di bahagian rahang, tulang belakang dan tulang rusuk.

Kisahnya mendapat perhatian dan tular selepas adiknya dikenali sebagai Fazariah memuat naik status berserta gambar abang iparnya di Facebook, 6 Mei lepas.

Baru ada Kekuatan Utk Share .. Sampai Hospital dalam Jam 12.15pm. Terus ke ICU … Tak kuat masa nak nak naik ke…

Posted by Fazariah Nordin on Thursday, May 6, 2021

 

Larikan diri lepas hantar isteri ke hospital

Menurut Fazariah lagi, kakaknya dimasukkan ke ICU pada 4 Mei lepas dan telah menerima panggilan dari abang iparnya sehari kemudian namun hanya berkata kakaknya cedera kerana terjatuh.

Saya terima panggilan daripada abang ipar sehari kemudian (5 Mei). Dia beritahu kakak dimasukkan ke hospital ke­rana cedera. Dia beritahu ada tolak sikit sebelum kakak terjatuh dan minta maaf.”

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padz­li Mohd. Zain berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan setakat ini tiada tangkapan dibuat namun akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.”

Belasah

 

Netizen ajak orang ramai viralkan

Kerana masih belum ditemui sehingga kini, netizen berpakat mengajak orang ramai untuk viralkan tentang kes ini sehingga suspek berjaya ditangkap. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah memuat naik gambar dan maklumat tentang suspek di media sosial.

Suspek1

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata usaha mengesan suspek berusia 38 tahun itu sedang giat dijalankan termasuklah melalui risikan. Namun suspek masih belum dapat ditahan kerana hasil risikan mendapati dia dipercayai berada di Shah Alam atau Alor Setar.

Kita akan menggiatkan risikan dan membuat serbuan jika mendapat petunjuk baharu.”

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk terus hubungi hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

Baca: “Apa jenis suami ni?” – Isteri Dibelasah Lepas Luah Hasrat Nak Berpantang Rumah Emak

Fi Pukul

Sumber: Twitter