in

Nak Jadi Pasangan Lebih Baik, Rizky & Lesti Siap Berpeluk Depan Media Lepas Kes KDRT Tular

collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, selepas kes keganasan rumah tangganya tular di media sosial dan laporan polis dibuat ke atas suami penyanyi dangdut ini, Lesti Kejora akhirnya telah memilih untuk memaafkan suaminya.

Lesti memberitahu keputusan untuk memaafkan Rizky Billar adalah kerana dia percaya hubungannya dengan lelaki ini akan kembali baik dan suaminya itu mampu menjadi bapa terbaik untuk anak mereka.


https://www.instagram.com/p/Cit-9DxPijU/?hl=en

Salah satu yang membuatkan saya yakin (ketika menarik semula kes) adalah dia akan menjadi bapa terbaik buat anak kami.

“Ini adalah satu pengajaran bukan sahaja buat dirinya tetapi saya sendiri. Semoga kami akan menjadi pasangan suami isteri yang lebih baik selepas ini.”

Pasangan ini dilihat telah berjalan beriringan sambil berpelukan ketika berada di Balai Polis Daerah Jakarta Selatan semalam selepas dipertemukan kembali.

https://www.instagram.com/p/ChEtg8Ovxke/?hl=en

Lesti juga turut dilihat mencium tangan Rizky sebelum lelaki ini memberitahu pihak media bahawa dia berjanji kepada keluarga mentuanya untuk menjadi suami yang lebih baik.

Insya Allah mereka tidak salah pilih menantu, memilih saya untuk menjaga isteri dan anak kami.”

Sekadar info, sebelum ini Lesti telah mendakwa dia merupakan mangsa keganasan rumah tangga selepas suaminya itu dikatakan bertindak memukulnya selepas perbuatan curang Rizky terbongkar.

Kalau dah itu yang dorang rasakan terbaik, kita doa je lah moga dorang lebih bahagia selepas ni okay?

Sumber: mStar

 

Baca: Ramai Bengang Lesti Kejora Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Rizky Billar Lepas Balik Umrah

LESTI BILLAR 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.