in

Nak Guna Model Seharian Tapi ‘Offer’ RM7 Sejam, Butik Pakaian Dikecam

Jurugambar Model Rm7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang memilih untuk menceburi bidang peragaan atau modelling baik sepenuh masa atau sekadar job sampingan.



Namun, ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan khidmat model-model ini dan membayar dengan kadar yang minima.

Itu yang terjadi dalam sebuah group mencari bakat di Facebook, sebuah butik pakaian mencari model untuk memperagakan koleksi pakaian mereka namun hanya membayar dengan kadar RM 7 sejam dan bekerja untuk 5-6 jam.

Perkara itu kemudian menarik perhatian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Tengku Azri, dia telah menyatakan kegusarannya mengenai isu tersebut dan merasakan perkara itu amat tidak wajar.

Cats 46

Cats 47

“Model ni bukan robot tapi manusia. Kesian la diorang. Tolong la berperikemanusiaan sikit. Bayar la model tu ikut pengalaman diorang.

Pekerja partime mcd lagi mahal tau dari RM7 sejam, ni bayar minyak atau naik grab pun tak lepas. Kalu ye pun invest la sikit.

Aiyooo.. please la,” tulisnya.

Tengku Azri juga mengingatkan jurugambar di luar sana agar tidak meletakkan harga serendah itu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesi fotografi outdoor.

Kesian model-model tu, dorang pun nak cari duit juga…

Baca: Model Bengang Orang Guna Videonya Menari Di TikTok Untuk ‘Promote’ Undi Parti

Ft Model Bengang Video Kena Edit 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.