in

Model Bengang Orang Guna Videonya Menari Di TikTok Untuk ‘Promote’ Undi Parti

Ft Model Bengang Video Kena Edit 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang model Malaysia luah rasa bengang sebab salah satu video TikToknya digunakan dan disunting untuk mempromosikan MIC dan meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional (BN).


Video yang menampilkan pelakon dan model Gayathri Moorthi sedang menari sambil memakai saree itu telah diambil dan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menambah logo MIC di bahagian atas sambil meminta pengundi menyokong BN.

Disebabkan itu Gayathri telah  tampil memberikan penjelasan supaya tidak disalah tafsir oleh netizen.

 

“Saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik”

Kata Gayathri  menerusi TikTok, adalah tidak wajar bagi mereka untuk menjadikan klip videonya yang dibuat untuk perayaan Ugadi (Tahun Baharu Telegu) beberapa bulan lalu sebagai kempen politik.

Screenshot 2022 10 19 150108

“Saya bukan ahli dari mana-mana parti politik dan tidak mahu menjadi ahli parti itu. Saya seorang model dan pelakon profesional dan tidak ada sesiapa pun yang patut ubah klip video TikTok saya untuk aktiviti kotor seperti ini.”

“Saya juga tidak rasa klip itu mengghairahkan seperti yang didakwa,” tambahnya.

Screenshot 2022 10 19 150127

Dia juga berkata bahawa pelaku telah mencemarkan nama baiknya dan tidak perlu mengheretnya ke dalam isu politik.

Sementara itu, Presiden MIC SA Vigneswaran menafikan sekeras-kerasnya bahawa video Gayathri yang disifatkan seksi oleh segelintir pengguna media sosial, baginya ia bukanlah satu langkah yang bijak bagi parti, lapor FMT.

“Ia suatu penghinaan kepada kita jika ada ahli berbuat demikian. Jelas ini cubaan oleh musuh kami untuk mencemarkan nama parti dengan klip TikTok.”

“Saya tidak mahu menamakan sesiapa secara membuta tuli namun taktik murahan seperti ini hanya menunjukkan ia datang dari pesaing politik kami,”

Katanya lagi, parti tidak akan menggunakan kempen publisiti murahan dan taktik kotor seperti itu.

Baginya apa yang dipertaruhkan dalam PRU15 adalah masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.

Baca : “Politik biarlah matang” – Filem Mat Kilau Diedit Jadi ‘Mat Sakau’, Adi Putra Tak Melenting Siap Repost Lagi

Mat Kilau Mat Sakau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.