Hidup di negara yang pelbagai kaum ini memerlukan banyak tolak ansur, dan tidak sepatutnya warna kulit menjadi penghalang untuk kita bersatu.Isu rasis di Amerika belum sempat pun sejuk, sekarang timbul pula isu yang sama di Singapura.
Terbaharu, 2 beranak mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsurkan perkauman secara Live di Instagram. Berani eh…?
Ibu kepada lelaki itu turut mempertahankan anaknya dia dengan mengatakan kata-kata mereka hanyalah cuma “figure of speech”
Video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter adalah bagi melontarkan suara tidak puas hati tentang kata-kata yang telah dikeluarkan oleh 2 beranak terbabit.
Video yang berdurasi 2 minit itu turut mendapat kecaman dari pelbagai pihak, dan ramai diantaranya menyalahkan didikan daripada parents remaja tersebut.
Untuk video – Klik sini
Menurut Mothership, polis menerima beberapa aduan dan kini sedang melakukan siasatan terhadap kedua suspek melayu Singapura itu yang masing-masing berusia 53 dan 19 tahun.