in

Nak Buat Mash Potato Tapi Takde Kentang? Boleh Guna Potato Chips Sebagai Alternatif!

F1 Kentang Chips

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita pergi KFC, selain ayam, kentang putar atau kentang lenyek pun mesti kita order sekali kan. Rasa kentang yang berkrim tu memang buat kita tak puas makan.


Apa kata kali ni korang try buat je sendiri kentang lecek tu? Barulah boleh makan sepuas hati. Guna je resipi yang kami nak kongsikan ini.

Cuma yang uniknya dengan resipi ini, korang boleh guna cip kentang pelbagai jenama seperti Lays, Mr Potato atau Pringles untuk ganti kentang mentah biasa.

Kentang Chips 2

Menurut Free Malaysia Today, resipi mash potato guna potato chips ini mula tular setelah diperkenalkan oleh salah seorang pengguna TikTok pada sekitar tahun lalu.

Masa penyediaan pun cepat, sebab tak payah tunggu kentang lembut lama-lama sangat macam guna kentang mentah.

Cara nak buat kentang lecek ini sangat mudah, ambil potato chips untuk ganti kentang biasa dan letakkan dalam air panas sehingga lembut. Kemudian, lenyek kentang seperti biasa.

Kentang Chips 3

Lepas tu, tambah susu dan krim dan kacau sehingga rata. Boleh tambah keju kalau nak lebih berkrim. Untuk garam, tak payah letak pun tak apa sebab potato chips kan dah memang masin.

Kalau nak tambah bahan-bahan lain seperti parsley pun boleh, ikut selera dan kemahuan masing-masing. Boleh refer je video TikTok yang dikongsikan oleh samthecookingguy ini untuk faham dengan lebih lanjut.

@samthecookingguy

My latest cooking hack that you need to try NOW – Mashed Potato Chips ? #cooking #foryoupage #food #recipe #cookinghack #foryou #mashedpotatochips

♬ original sound – SAM THE COOKING GUY

Nampak macam sedap tu, mungkin rasa pun lebih kurang je macam kentang lecek biasa.

Sumber: Free Malaysia Today, TikTok @samthecookingguy 

Baca: “Bunyi rangup tu mmg buat terliur betul”- [VIDEO] Viral di TikTok Seluruh Dunia, Ramai Suka Resipi Kentang ‘Penyek’ Ni

Kentang Chips 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.