Untuk yang tak tahu, pakai topeng muka tak boleh halang korang dari dijangkiti virus Covid-19 sebab ia memerangkap semua jenis udara yang korang cuba nak elak. Bukan tu je, pemakaian mask juga buat korang sentiasa nak sentuh muka dan secara tak langsungnya meningkatkan risiko untuk dijangkiti.
Apa yang lebih teruk bila korang tak tahu topeng muka yang korang letak dekat sangat dengan hidung dan mulut tu entah dibuat dari mana.
Sebab menurut Straits Times, satu kilang kitar semula dekat Saraburi, Thailand telah menjual topeng muka yang dah dipakai dan dijual seperti baru!
Pihak polis di sana telah menyerbu bangunan tempat mereka seterika topeng muka yang dah dipakai sebelum melipatnya ke dalam kotak untuk nampak seperti baru dan tak pernah digunakan. Gigih betul eh?
Mereka juga turut menahan enam pekerja sedang mengasingkan topeng muka yang mereka dapati dari pemborong yang tak dikenali.
Pekerja di sana mengatakan yang mereka dibayar sebanyak 1 baht (10 sen) untuk satu topeng dan setiap seorang kitar semula lebih kurang 300-400 topeng setiap hari.”
Pihak polis turut menghubungi Pejabat Kesihatan Awan Wihandaeng menyuruh mereka untuk membuat dakwaan ke atas kilang tersebut di balai polis kerana operasi ini boleh jejaskan kesihatan orang yang membeli topeng muka dan komuniti yang tinggal berdekatan dengan kilang tersebut.
Dikatakan, ini berlaku selepas negara tersebut telah mengalami kekurangan topeng muka selepas meletusnya wabak Covid-19. Setakat ini, Thailand mempunyai 43 kes positif penyakit ini dan kebanyakan dari mereka adalah pelancong dari China.
So, unless korang sakit, tak payahlah pakai mask eh, lagi bahaya adalah.