in

Nak Bibir Ibarat Marilyn Monroe, Lelaki Sanggup Habis RM27,000 Untuk Suntik Botox

Page Mm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri terhadap sesuatu perkara. Namun bagitu, kita sering diingatkan untuk tidak terlalu taksub akan perkara itu mahupun kepada seseorang.


Baru-baru ini, menurut Metro, seorang lelaki bernama Cyril Roux sanggup berhabis berpuluh ribu bagi mendapatkan bibir seperti Marilyn Monroe kerana terlalu taksub dengan pelakon lagenda tersebut.

Mm1
sumber: metro

Bagi merealisasikan impiannya, Roux telah menghabiskan £5,000 iaitu kira-kira RM27,000 untuk mendapatkan filler bibir dan suntikan botoks. Selain itu, dia yang merupakan seorang pelayan telah memulakan sesi pertama suntikan botoks ketika berusia 26 tahun.

Mm2
sumber: metro

Roux yang mengakui sangat gembira dengan sesi pertama ingin meneruskan prosedur yang lain lagi. Oleh itu, dalam jangka masa beberapa tahun sahaja, Roux telah menjalani 20 prosedur yang berbeza termasuk 16 sesi filler bibir dan botoks. 

Peminat Marilyn Monroe ini mengakui diketawakan oleh orang ramai kerana perubahannya yang drastik, tetapi dia tidak menghiraukan cacian mereka kerana berasa bangga dengan rupa yang dapat dicapainya serta berhajat untuk mendapatkan prosedur yang lain di masa akan datang.

Mm3
sumber: metro

Walau bagaimanapun, keghairahan itu memakan diri selepas doktor yang merawat mengesahkan bibir Roux perlu dibedah dan disuntik kembali bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. Hal ini berlaku kerana jumlah suntikan yang diambil telah melebihi tahap normal sehingga menyebabkan tisu bibirnya pecah.

Mm4Blur
sumber: cari

Dia juga mengakui ketagih dan tidak akan berhenti selagi masih belum berpuas hati dengan rupanya. Roux turut mendedahkan prosedur seterusnya bakal dijalankan di Tunisia bagi membuat pembedahan hidung. Walau bagaimanapun, prosedur itu terpaksa ditangguhkan kerana wangnya masih belum mencukupi.

Aduh, dah sakit tu, masih rancang nak buat lagi ke?

Baca: Ngeri! Implan Tertonjol Gara-gara Ingin Berhidung Mancung Dengan Pembedahan Plastik Murah

Nj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.