in

“Najis dan bau busuk perkara biasa”-Dulu Gah Di Awan Biru, Bekas Pramugara Kini Bekerja Di Kandang Cari Rezeki

Pok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah, kalau dengar orang kerja pramugara ni mesti kita macam fikir best je sebab diorang boleh selalu melancong luar negara. Tengok kerja diorang pun macam senang je.


Nampak je macam senang tapi hakikatnya dorang je yang tahu.

Selalunya orang kerja kru kabin ni semua segak dan cantik kan? Kalau diorang lalu dekat airport tu, memang semua la pandang diorang. Macam artis la gitu.

Tapi, siapa sangka dari kerja gah di awan biru, sekarang cari rezeki di kandang. Menurut Mstar, bekas pramugara, Mohd Fazrul Zainal Aribidin sebelum ini berkhidmat sebagai pramugara selama enam tahun sebelum perkhidmatannya berakhir berikutan pandemik Covid-19.

Capture 17

Dua tahun sebelum Fazrul diberhentikan, sebenarnya dia dah mula berjinak-jinak ceburkan diri dalam bidang penternakan tau. Wow!

“Saya mahu menangkis tanggapan negatif masyarakat bahawa kerja sebagai pramugara ini hanya tahu bergaya saja, tak mampu buat kerja-kerja kasar.”

Mstar

Kerjaya sebagai pramugara ni bukannya setakat beri layanan kepada penumpang tau, sebenarnya banyak lagi tugas yang perlu dibuat untuk pastikan keselamatan penumpang terjamin.

Fazrul berkata dia melibatkan diri dalam bidang penternakan pada awal tahun 2018 untuk suka-suka je sebab nak cari duit poket lebih.

“Saya bela kambing, lembu, ayam dan terbaru itik. Kandang saya sewa untuk ternak haiwan-haiwan ini. Ada yang saya jual ternakan hidup atau pengiraan mengikut daging.”

Setakat ni, Fazrul dah ternak 50 ekor kambing, lebih 200 ekor ayam, lebih 50 ekor itik, dan 10 ekor lembu. Jumlah ni berubah-ubah bergantung kepada permintaan.

Korang jangan ingat kandang dia ada aircond eh. Tak ada aircond tau!

Sn

Walaupun bidang kerja sebagai pramugara dan penternak tu berbeza, tapi dari segi cabaran fizikal,mental dan emosi lebih kurang sama je.

“Kalau kerja atas flight, kena layan kerenah penumpang. Kalau dalam kandang pun sama juga tapi haiwan ni susah la sikit nak faham. Setakat najis dan bau busuk tu perkara biasa.”

Goat

Kerja la apa-apa pun yang penting datang dari rezeki yang halal.

 

Sumber: Mstar

Baca: Dari Lion Air Ke Rider Grab? Pramugara Ini Nekad Tukar Bidang Kerana Tiada ‘Job’ Di Udara

Capture 15

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.