in

Najib Sindir PH Tak Pandai Matematik

Oops

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oops, ye ke PH tak pandai matematik ni?

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoal kemahiran matematik pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), lapor MalaysiakiniPulak dah…


Najib memuat naik status di Facebook merujuk kepada isu Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan dan menafikan yang dia kononnya ‘jual negara’ kepada China.

20150122090648 5407
sumber: cmqip

Beliau menjelaskan bahawa MCKIP tu adalah taman perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou, China.

“MCKIP dimiliki Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%. CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana dah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk 2017 sahaja.”

“Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, dah tentu kita faham yang memiliki 50% tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100% untuk pasaran 30 juta orang sahaja.”

Lebuh Kuanan Main1
sumber: malaysianaccess

Bekas Presiden UMNO tersebut menulis status ini bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang mengatakan beliau nak merobohkan tembok di MCKIP.

Najib juga merujuk kepada Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menjelaskan bahawa tembok MCKIP hanya mengelilingi kompleks kilang Alliance Steel saja dan bukan seluruh taman perindustrian.

“Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Jadi tak mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan,” kata Najib.

Qq 2 1
sumber: blog

“Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar HARAPAN. Fuziah beritahu wartawan yang beliau akan menjelaskan kepada Tun M tak lama lagi.”

“Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU ke-14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk.”

Baca: Najib Beban Kepada UMNO

Uhoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.