“Najib selalu anggap orang lain bodoh” – Tun M

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dalam satu temu bual Datuk Seri Najib Razak mengaku yang dia tidak tahu menahu pasal sumber dana yang diperolehi digunakan untuk membeli barang kemas isterinya. Bekas Perdana Menteri ini juga menyatakan bahawa penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disembunyikan dari pengetahuannya.

Selepas mengeluarkan kenyataan ini, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memanggil bekas Presiden UMNO itu seorang penipu. Menurut Malay Mail, Tun M memberitahu dalam satu temu bual eksklusif bahawa mustahil untuk Najib tidak tahu tentang transaksi tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Ini kerana semua dokumen berkaitan dengan setiap transaksi memerlukan tandatangan bekas Pengerusi Barisan Nasional tersebut.

“Siapa nak percaya yang dia (Najib) tak tahu bila dia signed (nama dia)? Setiap wang yang masuk dan keluar dalam pinjaman pertama bernilai RM42 bilion tu semua tandatangan dia,” kata Tun M.

“Kalau dia tak tahu, maksudnya dia tak faham apa maksud tandatangan.”

Sumber: Malay Mail

1MDB telah mengumpul RM42 bilion hutang sejak tahun 2009 dan keberadaannya dah dipersoalkan Tun M sejak 2015 lagi. Tun M juga memberitahu bahawa pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan berapa banyak wang masuk ke dalam akaun Najib.

Tun M juga mendakwa bahawa tidak masuk akal untuk seseorang mengarahkan RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun sendiri tapi pada masa yang sama enggan dimaklumkan pasal transaksi tu.

Sumber: Malaysian Insight

“Ini tidak boleh. Kerana saya perlu menandatangani untuk menggunakan wang itu. Untuk menggunakan wang itu, saya perlu mengeluarkan cek. Najib selalu menganggap bahawa orang bodoh,” kata Tun M lagi.

Hmm pelik jugak kalau dia tak tahu dia tandatangan apa benda. 

Baca: Najib Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.