in

Najib Razak Cadang Kerajaan Tambah RM1,000 Kepada Golongan B40 & M40 Sabah

Feat Lhdn Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang menyerang negara pada ketika ini menyebabkan kerajaan memberi Bantuan Prihatin Nasional fasa ketiga buat golongan B40 dan M40 yang berkelayakan.


Lapor Malaysia Gazette, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan cadangan untuk kerajaan memberi tambahan sebanyak RM1,000 kepada seramai 737,797 rakyat Sabah yang berjaya menerima Bantuan Perihatin Nasional (BPN) sebelum ini.

 

Kes Covid-19 tertinggi direkodkan di Sabah

Cadangan ini adalah disebabkan Sabah merupakan negeri yang paling terkesan dalam gelombang ketiga Covid-19 ini. Lebih daripada 70% kes yang direkodkan di seluruh negara adalah dari Sabah.

Disebabkan peningkatan kes ini, Sabah kini diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Malahan, terdapat juga beberapa daerah di Sabah sudah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 3 minggu yang lalu.

Menurut kepada situasi Covid-19 yang terkini, bekas Perdana Menteri itu menjangkakan bahawa PKPB dan PKPD akan dilanjutkan lebih lama lagi.

Hal ini akan menyebabkan rakyat Sabah terutama golongan B40 dan M40 yang terjejas terpaksa melanggar PKP untuk keluar bekerja sekiranya bantuan lebih tidak diberikan.

Sejajar dengan pelanggaran PKP ini, penularan Covid-19 di Sabah tidak akan berhenti dan negara akan terus mencatat jumlah kes Covid-19 yang lebih tinggi pada masa akan datang.

 

Sektor ekonomi pelancongan terjejas 

Tambah Datuk Seri Najib lagi, sektor pelancongan yang menjadi sektor utama Sabah kini sedang hancur gara-gara sekatan rentas daerah dan larangan kemasukan pelawat dari luar dan dalam negara.

Ekonomi tempatan yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan ini terjejas mengakibatkan kadar kemiskinan dan purata pendapatan bulanan warga Sabah menjadi antara yang paling rendah berbanding semua negeri.

Kadar kemiskinan Sabah akan meningkat lagi dan jurang antara Sabah dengan negeri-negeri lain akan bertambah besar jika kerajaan tidak memberi bantuan tambahan.

 

Bantuan tambahan RM1,000 untuk B40 & M40

Feat Najib 2

Menurut beliau, bantuan tambahan RM1,000 setiap penerima BPN Sabah hanya menelan kos sebanyak RM737 juta.

Kos ini adalah jauh lebih rendah berbanding cukai jualan petroleum sebanyak RM2.9 bilion yang dibayar kepada Sarawak bulan lepas.

Jika kerajaan enggan untuk memberikan bantuan tambahan kepada penerima BPN Sabah disebabkan bimbang kadar defisit negara menjadi lebih tinggi, kerajaan perlu ingat bahawa pengiraan kadar defisit adalah berdasarkan jumlah defisit dibahagi dengan saiz Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

Jika rakyat tidak dibantu dan dana tidak disuntik ke dalam ekonomi tempatan yang terhenti akibat PKP di seluruh negeri, maka banyak perniagaan akan tutup dan pekerja dibuang sekaligus akan turunkan KDNK negara. 

Bila KDNK negara turun, maka kadar defisit akan naik juga walaupun jumlah defisit tidak bertambah. 

Selain itu, kerajaan juga sudah meminda undang-undang untuk menaikkan had pinjaman kerajaan kepada KDNK dari 55% kepada 65% seperti saranan beliau pada bulan April.

Kenaikan had ini adalah bersamaan dengan ruang tambahan pinjaman sebanyak RM150 bilion.

Bukan itu sahaja, menurut beliau lagi, jika kerajaan PN tidak ingin menyuruh Petronas menanggung kos sebanyak RM737 juta ini dalam bentuk cukai jualan petroleum, maka kerajaan masih mempunyai ruang yang besar untuk meminjam jika tidak mahu menjual aset.

 

Lanjutan tempoh moratorium 3 bulan

Bayaran tambahan wang tunai RM1,000 (Cash is king yang dibenci Mahathir) terus ke dalam akaun bank penerima BPN yang sudah ada rekod adalah jauh lebih pantas dan efisien berbanding hantaran bantuan bakul makanan yang dirumitkan oleh masalah logistik dan rekod penerima yang tidak lengkap. 

Beliau juga menyarankan kerajaan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal kepada penduduk Sabah sekurang-kurangnya selama tiga bulan lagi.

Tambahnya, jangan sudah menang PRN, Sabah dilupakan pula.

Baca: “Tak tengok ke apa jadi dekat Sabah?” Timb Ketua Menteri Sarawak Kata Covid-19 Takkan Halang Sarawak Dari Buat PRN Baca Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.