Hari ini heboh apabila pelakon dan penyanyi, Naim Daniel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya susulan kes amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 17 tahun, 19 Mei lalu.
Pelantun lagu Sumpah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut, dia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Artikel berkaitan: “Saya okay, insya-Allah” – Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Tiba Di Mahkamah
Artikel berkaitan: “Kau tak menyesal ke?” p Naim Daniel Bersua Muka Dengan Pengugut, Sempat ‘Sekolahkan’ Selama 3 Jam
Mengikut pertuduhan, selebriti berusia 28 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.
View this post on Instagram
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dihukum sebat.
Difahamkan, pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin, manakala tertuduh diwakili Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.
Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan pasport ditahan sementara serta tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Tertuduh memohon untuk dibicarakan dan kes akan disebut semula pada 18 Ogos depan.
Sumber: Harian Metro