in

Nafi Mendera, Siti Bainun Jelaskan Punca Kesan Gigitan Pada Bella

Siti Bainun Kesan Gigitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu bahawa kesan gigitan pada perut Bella adalah berpunca daripada gigitan bekas penghuni Rumah Bonda yang dikenali sebagai Balqis.

Menurut laporan Harian Metro, ketika dalam prosiding bela dirinya pada hari kedua di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, Siti Bainun mendedahkan kedua-duanya bergaduh disebabkan Bella menggunakan pencuci muka milik Balqis.


“Dua-dua sebenarnya gigit-menggigit selepas Bella pakai pencuci muka Balqis. Selepas pakai krim, mereka berlari, berkejar satu rumah sebelum masing-masing gigit satu sama lain.

“Saya letak minyak gamat dan krim, malah saya marah dua-dua sama macam ibu bapa lain tegur anak-anak apabila bergaduh,” katanya.

Img 1174

Mengenai kesan melecur pada badan Bella, Siti Bainun memberitahu ia berlaku apabila dua remaja itu bergaduh menyebabkan termos berisi air panas tersimbah ke arah Bella pada Mei 2021.

Jelasnya, dia tidak mendera Bella dan jika benar dia berniat untuk mendera, tidak mungkin dia akan cuba menyembuhkan remaja itu.

“Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakan Bella, tidak mungkin saya cuba menyembuhkan Bella, bertanya kepada ahli farmasi ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya dan menghabiskan wang ringgit bagi membeli segala keperluan dan ubat-ubatan terbaik untuknya.”

Dalam pada itu, Siti Bainun berkata, hasil pemeriksaan doktor (saksi pendakwaan kedua) di bahagian kecemasan dan trauma, Dr S Meenambigai pada paru-paru, abdomen dan kaki Bella juga menunjukkan keputusan normal. Tambahnya, Bella seorang yang sangat sihat dan tiada apa-apa sakit.

Terdahulu, semasa prosiding pendakwaan pada 8 April lalu, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 20, mendakwa Siti Bainun telah mengarahkannya untuk menggigit Bella kerana Bella tidak mengikuti arahannya untuk berdiri di bahagian dobi kediaman mereka.

Siti Bainun memberitahu mahkamah, dia diugut bunuh, dicemuh serta hilang pendapatan sehingga hari ini, sejak kes pertuduhan terhadapnya tular.

Baca: Mahkamah Arah Siti Bainun Beri Keterangan & Berhujah Tanpa Peguam

Siti Bainun Seorang

Sumber: UtusanTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.