Selain pengangkutan awam seperti bas dan keretapi, ramai memilih untuk menggunakan Grab sekiranya mahu ke destinasi tertentu.
Mudah, pantas dan selesa itu antara faktor mengapa ramai menggunakan Grab walaupun mempunyai kenderaan sendiri..yelah, senang just duduk je kan.
Tapi baru-baru ni di Singapura berlaku satu keadaan dimana pemandu Grab ditengking dan dituduh pasangan suami isteri disebabkan dikatakan dia memandu laju sewaktu melanggar bonggol.
Lebih mengejutkan, ketika kenderaan itu berhenti lelaki tersebut bertindak menjerit-jerit selain menuduh pemandu grab tersebut telah memukul isterinya yang mengandung..nasib baik pemandu grab tersebut ada dashcam.
Kisah ni dikongsikan Md Aza di facebooknya sehingga mendapat 2,626 shares sejak ia dimuatnaik.
Rakaman video yang dimuatnaik Md Aza jelas menunjukkan bagaimana layanan dan dia berikan kepada pasangan tersebut sepanjang 5 minit rakaman perjalanan.
Aza ambil penumpang di Bukit Batok, Pulau Ujong Singapura
Kisah bermula apabila Aza mengambil lelaki dan isterinya yang sedang hamil di kawasan perindustrian Bukit Batok, Pulau Ujong Singapura pada pukul 1.25pm pada 13 Januari lalu.
Ketika memulakan perjalanan, lelaki tersebut meminta agar Aza memandu dengan berhati-hati especially ketika melalui bonggol kerana isterinya sedang mengandung.
“And she’s pregnant, so on bumps and humps strike be careful” kata lelaki itu
“I’ll try my best” jawab Aza
Tapi lepas je Aza memandu melepasi satu bonggol lelaki tersebut mula menunjukkan rasa tak puas hati dan meluahkannnya kepada Aza selain turut berleter tentang kesalahan memandu secara tak berkhemah di bawah Akta Lalu Lintas.
Namun sepanjang 5 minit rakaman, korang boleh tengok sendiri Aza memandu di bawah kelajuan 40km/h.
Walaupun lelaki tersebut ‘bising’ tentang cara pemanduan Aza, dia tetap tenang sepanjang perjalanan sehinggalah lelaki tersebut mengatakan Aza ‘Orang Gila’.
“If you don’t understand the concern, then you are a crazy person” kata lelaki itu
“You cannot call me crazy la, I never call you crazy,” jawab Aza
Menghampiri hujung rakaman, kedengaran mereka mula bertengkar dan lelaki itu memaklumkan yang dia akan call polis.
Malah pada masa sama kedengaran Aza berkata “don’t touch me, don’t touch me” berulang kali.
Bila keadaan makin serius, orang ramai mula menghampiri kenderaan tersebut dan pada waktu itulah lelaki tersebut menuduh Aza telah memukul isterinya.
Korang boleh tengok video penuh kat bawah ni, admin sediakan untuk tontonan korang.
https://www.facebook.com/md.aza.37/posts/10217793356247099
So lepas je kejadian ni berlaku dilaporkan akaun Grab pasangan suami isteri tersebut sudah digantung.
Menurut Stomp, jurucakap Grab berkata keselamatan pemandu dan penumpang merupakan keutamaan mereka.
“Kami tidak akan bertolak ansur dengan perilaku penumpang tersebut dan kami telah menggantung akaun Grab penumpang sementara melakukan siasatan lanjut” kata Grab.
Kita sepatutnya sebagai penumpang atau pemandu kena saling bertolak ansur antara satu sama lain, tak perlu lah sampai nak maki atau menuduh kalau dah memang salah kita kan.
Baca : Ko ni patut blah dari Ipoh Netizen Naik Angin Pemandu Teksi Maki Lelaki Sebab Tempah Grab