in

Murid Tahun 4 Ditemui M*ut Di Sekolah, Polis Klasifikasi Sebagai Kes Buli

murid tahun empat maut disekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid lelaki Tahun Empat ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah rendah di Senawang, Seremban, pada tengah hari Rabu.

Menurut laporan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad telah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut.


Katanya, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke klinik swasta.

Polis kemudian menerima maklumat kira-kira jam 1.19 petang Rabu mengenai kematian mangsa yang disahkan doktor ketika menerima rawatan di Radhiyah Healthcare Sdn. Bhd.

“Mangsa dihantar guru disiplin untuk menerima rawatan di klinik terbabit, namun doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Artikel berkaitan: Gantung 1 Minggu! Pelajar IKBN Miri Kena Tindakan Keras Isu ‘Gurauan Keterlaluan’

Artikel berkaitan: “Standing ovation!” – Persembahan Ara Aziz Dipuji, Bawa Mesej Anti Buli

Kes disiasat berkaitan unsur buli

Menerusi perkembangan terkini, polis mengklasifikasikan kes kematian di bawah Seksyen 507c Kanun Keseksaan bagi membolehkan proses siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Seksyen 507c Kanun Keseksaan digunakan untuk mendakwa kesalahan yang berkaitan dengan perbuatan buli, terutama membabitkan komunikasi yang mengancam atau menghina.

G2Nsq5SbMAAl78K G2Nsq5EbEAA7Iem

Dalam pada itu, prosedur bedah siasat turut dijalankan hari ini bagi menentukan punca kematiannya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan tumpuan penuh kepada proses psikososial dan sokongan emosi kepada para pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.