Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengesahakan bahawa terdapat kes murid darjah 5 yang mengalami kecederaan akibat terjatuh semasa cuba menangkap burung di ruang siling yang terletak di tigkat 3 sebuah bangunan sekolah rendah di Kuala Nerang, Kedah semalam.
Menurut JON negeri kejadian tersebut berlaku selepas sesi persekolahan tamat apabila murid terbabit pulang ke rumah dan hadir semula ke sekolah bagi mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sesi petang.
Artikel berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Dipercayai Terjatuh Dalam Bilik Air
Artikel berkaitan: Mayat Kanak-kanak 10 Tahun Terjatuh Longkang Akhirnya Ditemui Selepas 3 Hari Hilang
“Murid berkenaan telah mengalami kecederaan dan tindakan segera diambil oleh pihak sekolah dengan mendapatkan bantuan kecemasan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menerima rawatan lanjut.”
JPN menerusi satu kenyataannya menyatakan bahawa pihak mereka memastikan kebajikan murid dan keluarga terus diberi perhatian termasuk menyediakan sokongan-sokongan tertentu daripada aspek emosi, psikologi, khidmat bimbingan dan kaunseling serta bantuan lain yang bersesuaian.
“Intervensi sokongan emosi juga akan diberikan kepada murid-murid sekolah berkenaan bagi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.”

Dalam pada itu, JPN negeri turut menegaskan bahawa aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan dan pemantauan secara berterusan terus ditingkatkan.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedar daan bangun sekejap selepas terjatuh sebelum terbaring semula. Murid itu kini mengalami kecederaan di seuruh badan dan terdapat beberapa bahagian badannya patah.
Mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan termasuk tangan kiri dan kini menerima rawatan di Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd. Anuar Junoh berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang guru dari sekolah tersebut pada jam 4 petang semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut merupakan kemalangan sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Mangsa dikatakan menggunakan laluan pili bomba untuk memanjat ke siling di tingkat tiga bangunan sekolah bagi menangkap burung merpati.
Sumber : Kosmo!
