in

Murid Darjah 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan Di Sandakan

murid darjah 4 meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid sekolah rendah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal, 10, sebelum ini dilaporkan tidak dapat datang ke sekolah pada 23 Julai lalu kerana keracunan makanan.


Artikel berkaitan : Cikgu Belasah Murid 10 Tahun Sampai Meninggal Dunia Hanya Sebab Tersalah Jawab 2 Soalan Matematik 

Artikel berkaitan : Kes Treler Gilis Murid 9 Tahun : Saksi Kongsi Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian

Khabar itu dimaklumkan oleh keluarga murid terbabit kepada guru kelasnya menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ selepas diberi cuti sakit sehingga semalam oleh doktor di klinik yang merawatnya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Saidin, menerusi satu kenyataan, berkata guru kelas kemudian dimaklumkan bahawa murid terbabit pengsan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada malam kelmarin.

“Pada jam 7 pagi semalam, guru kelas dimaklumkan oleh waris murid bahawa anak mereka telah meninggal dunia.

“Kejadian pada jam 12 tengah hari, guru besar bersama beberapa orang guru melawat jenazah di rumah nenek murid terbabit di Kampung Tinusa, Sandakan,” katanya.

Tambah beliau, kes itu masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan. Berdasarkan keterangan pihak sekolah, murid terbabit keracunan makanan ketika di rumah, bersama ibunya.

“Murid dan ibu bersama-sama dimasukkan ke wad. Keracunan makanan bukan sebab makanan di kantin sekolah dan hanya membabitkan seorang murid saja bersama ibunya yang mengalami keracunan makanan pada hari yang sama di rumah.

“Murid-murid lain tidak mengalami sebarang simtom keracunan makanan pada hari yang sama sehingga ke hari ini,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan akan membantu keluarga mangsa untuk tuntutan takaful.

“Jabatan akan membuat laporan lengkap kes apabila semua siasatan telah selesai oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan,” katanya.

Sebelum ini, lebih 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya disahkan mengalami keracunan makanan dipercayai akibat memakan nasi lemak. Bagaimanapun, tiada kes kematian atau gejala teruk dilaporkan.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.