in

“Mungkin terlalu letih” – Pegawai Polis Rebah Ketika Roadblock Disahkan Meninggal Dunia

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang anggota polis, Koperal Mohd Masri Maguni telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada 5.20 pagi semalam (24 Mac).


Sabtu lepas semasa menjalankan operasi sekatan jalan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), allahyarham tiba-tiba rebah selepas mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala sebelum dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Alor Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan pengawai polis ini meninggal akibat Covid-19.

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA KOPERAL MOHD MASRI MAGUNISeluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, March 24, 2020

Allahyarham Mohd Masri yang berusia 58 tahun ini dilaporkan meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi.

Warga Lobak Merah mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Masri dan menghargai jasa beliau dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP ini.

 

Baca: 5 Lagi Doktor Meninggal, Lebih 2,000 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Di Itali

Screenshot 2020 03 25 At 2.14.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.