Sebelum ni dah banyak kali berlaku kejadian rumah terbakar yang menjadi punca utama ialah masalah litar pintas.
Terbaru, dua orang wanita berstatus warga emas maut akibat terlibat dengan kebakaran rumah berlaku di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Perak.
![ELi sOEUYAAxjjA](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/12/ELi-sOEUYAAxjjA-300x225.jpg)
Menurut Harian Metro, bomba mengesahkan mangsa yang maut dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan adiknya Ida, 56, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Kedua-dua mangsa ditemui berdekatan pintu utama rumah itu.” Kata bomba.
Tambahnya lagi, kemungkinan salah satu punca yang menyebabkan dua beradik ini maut adalah kerana kegagalan mereka untuk menjumpai kunci grill pintu.
Mangsa juga dikatakan hanya tinggal berdua di rumah tersebut.
Namun siasatan lanjut mengenai punca berlakunya kebakaran masih lagi disiasat oleh pihak bomba.
![ELi sOEUcAA5jp](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/12/ELi-sOEUcAA5jp--300x225.jpg)
Sebelum ini, bomba ada menerima panggilan kecemasan mengenai rumah terbakar pada jam 1:52 pagi.
“Semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Piandang tiba di lokasi, rumah itu sudah terbakar 80 peratus.” Katanya.
![ELi sOGU4AE3xxi](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/12/ELi-sOGU4AE3xxi-300x225.jpg)
Sedihnya, malang tak berbau kan? Apa pun marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam kebakaran tu.
Baca: “Bayar mahal untuk nyawa sekali” – Charger Palsu Meletup Sampai Tiga Rumah Di Ipoh Terbakar