in

“Mungkin salah saya…” – Dugaan Bertunang, Lelaki Berjalan Seorang Diri Waktu Malam Beri Penjelasan

Lelaki Berjalan Seorang Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial semalam kecoh dengan sebuah video di mana seorang lelaki dilihat berjalan seorang diri ketika waktu malam sambil menangis.

Sudah pastinya video tersebut mendatangkan pelbagai spekulasi daripada netizen, ada yang mengatakan dia seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa tunangnya meninggalkan lelaki tersebut untuk lelaki lain.


Video pendek itu mendatangkan rasa simpati netizen terhadap lelaki berkenaan, malah ada juga netizen yang bertindak memaki wanita yang menyebabkan lelaki itu bertindak sedemikian.

Demi tidak mengeruhkan lagi keadaan, pengguna TikTok @a.amsyarr_ yang memuat naik video viral tersebut sebelum ini telah memanggil semula lelaki tersebut dan memintanya untuk mengeluarkan penjelasan.

@

♬ –

“Berkenaan video viral semalam, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kedua-dua belah pihak sudah pun berbincang dengan baik dan pihak perempuan itu pun sudah kembali.

Cuma saya berharap, mana-mana TikTokers yang menyebarkan video saya itu turut menyiarkan penjelasan yang saya buat ini supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya dan pihak tunang.

Saya juga berharap mereka memadamkan video itu, kerana ia melibatkan aib keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

Lelaki berkenaan juga mengakui dugaan ketika bertunang itu adalah sesuatu yang menyakitkan dan berat, dia juga berkata tindakannya itu di luar kawalan kerana dia terpengaruh dengan emosinya.

“Tidak wajar juga untuk saya menyalahkan dia semata-mata, mungkin salah saya juga yang terlalu mengongkong dia.” katanya lagi.

“Jangan jadi pelangi kepada orang buta warna…”

Ruangan komen video penjelasan tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat oleh netizen dan rata-rata mendoakan agar lelaki tersebut terus kuat dan jangan putus harapan.

Tktk

Sabar ye bang, bunga bukan sekuntum…

Baca: Berang Tunang Gagal Ujian JPJ 2 Kali, Wanita Ugut Mahu Putus Jika Gagal Lagi

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.