in

‘Mungkin ikut lorong tikus’ – TAK SERIK! Wanita ‘Gelang Pink’ Kantoi Loloskan Diri Dari Kawasan Temco

Gambar Hiasan 1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang korang sedia maklum, kes Covid-19 di negara kita mengalami peningkatan jumlah kes selepas kluster Sivagangga ditemui di Pekan Napoh, Kedah sehingga menyebabkan beberapa buah sekolah di mukim itu ditutup dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dikenakan di kawasan terbabit.


Sebelum ini kecoh mengenai golongan-golongan yang memakai ‘gelang pink’ keluar sesuka hati ketika dalam tempoh kuarantin.

Seperti tidak ‘goyang’ dengan ancaman penularan wabak tersebut, terbaru seorang wanita yang memakai ‘gelang pink’ bertindak meloloskan diri dan melanggar arahan kuarantin daripada kerajaan apabila dia keluar dari luar kawasan PKPD dan Temco itu.

Namun akhirnya tindakan tersebut mengundang padah selepas dikompaun RM1,000 apabila didapati bersalah keluar dari kawasan dibenarkan.

Z 1

Menurut Harian Metro, difahamkan polis menahan wanita berusia 30-an itu selepas pihak pengurusan di sebuah pasar raya di Jitra memaklumkan kepada polis mereka melihat seorang seorang wanita yang mengenakan gelang merah jambu berkeliaran di pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihak pengurusan pasar raya itu menghubungi polis sebelum menyerahkannya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, wanita itu memberi alasan tidak tahu bahawa dia hanya dibenarkan membeli barangan di kawasan Temco saja.

“Berkemungkinan besar dia keluar melalui lorong tikus kerana semua jalan besar kita dah tutup di lapan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan sejak 3 Ogos lalu sepanjang Temco berkuat kuasa sehingga terlepas ke pasar raya itu,” 

Mohd Ismail berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Temco ini dilaksanakan, sebanyak 82 kompaun dikeluarkan kerana kesalahan ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah ini.

Menurutnya lagi, setakat ini, semua penduduk di tiga kawasan iaitu Napoh, Jitra dan Megat Dewa sudah menjalani ujian swab kesihatan berikutan penularan kluster PUI Sivagangga di daerah ini bulan lalu.

Tambah Mohd Ismail lagi, sebelum ini ada penduduk yang takut untuk menjalani ujian itu kerana bimbang dikuarantin dalam tempoh yang panjang menyebabkan bekalan makanan habis.

Namun, katanya, bekalan makanan terus dihantar agensi berkaitan ke kawasan rumah penduduk yang terjejas.

 

Baca: Orang sana ramai penoreh, petani Penduduk Napoh Rayu Bantuan Makanan, Kehabisan Bekalan Roti

A 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.