in

“Mulanya ada macam rasa benda cucuk-cucuk” – Lelaki Ini Derita Sakit Telinga Rupanya Lipas Dah Bersarang

Feature Image Lipas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal lipas mesti ramai yang tak suka dan rasa geli kan?


Namun baru-baru ni, menurut portal Mirror, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lv, 24, berasal daripada China telah pergi berjumpa dengan doktor apabila dia berasa tidak selesa dibahagian telinganya.

Dia berkata ada merasa sakit dan tajam di bahagian telinga kanannya ketika tidur. Lalu keluarganya check dulu bahagian telinganya dan mendapati ada lipas dalam telinga lelaki itu.

Lipas Keuar 2
Sumber: mirror

Terkejut dengan perkara itu, mereka terus segera pergi ke hospital untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Doktor mengesahkan bahawa memang ada seekor lipas dan beberapa telurnya di dalam telinga lelaki itu. Wah happy family ni.

Doktor itu juga mengatakan bahawa dia mendapati terdapat lebih kurang 10 ekor anak lipas berada dalam telinga lelaki itu.

“Saya dapati lebih daripada sepuluh bayi lipas di dalamnya.”

“Anak lipas yang baru menetas, lebih kecil dan lebih cerah daripada warna sebenar mereka dan ia merupakan spesies lipas Jerman Blattella germanica,” kata hospital itu.

Lava Lipas
Sumber: mirror

Ibu lipas yang bersaiz lebih besar dikeluarkan dengan menggunakan alat tweezers dari telinga kanan lelaki malang itu.

Lipas Keluar
Sumber: mirror

Menurut hospital, lelaki itu mengalami kecederaan ringan di bahagian telinga kanannya. Dia juga telah diberikan ubat dan juga discharged dari hospital pada hari itu juga.

Ish geli pula bila ada serangga dalam badan ni. Korang tolong la jaga kebersihan diri dan juga kawasan sekeliling ye!

 

Baca: “Kaki lipas dalam mulut anak!” – Ibu Trauma Tengok Dua Orang Anak Makan Lipas Lepas Ditinggalkan Dalam Bilik Seorang

Mol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.