in

“Mula-mula kata ngantuk lepastu…” – [VIDEO] Wanita Amerika Tonton Mat Kilau Sampai Berlinang Air Mata!

Mat Kilau American

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan menjadi bualan ramai. Seperti ramai yang sedia maklum, filem pecah panggung itu kini boleh ditonton di rumah anda melalui laman penstriman Netflix.

Filem yang mengaut hampir RM 100 juta ketika ditayangkan di pawagam itu, dibintangi oleh nama-nama besar dalam industri seperti Dato Adi Putra, Beto Kusyairi dan Fattah Amin.


Mat Kilau mula ditayangkan di Netflix sejak 16 September lalu dan ia mendapat respon yang pelbagai daripada penonton.

“Berlinang air mata…”

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @jaibhrdn merupakan seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, dia telah berkongsi reaksi isterinya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat menonton filem yang berdasarkan sejarah Malaysia itu.

@jaibhrdn

Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata ?

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

“Mula-mula kata mengantuk nak tengok movie, last-last berlinang air mata.” tulisnya di ruangan kapsyen. 
Reaksi isterinya itu sudah pastinya menghiburkan hati netizen dan ramai juga yang meminta lelaki itu untuk memuat naik review penuh daripada wanita tersebut.

Mkamrk

Comel betul! Korang dah tengok ke Mat Kilau di Netflix? 

Baca: “Politik biarlah matang” – Filem Mat Kilau Diedit Jadi ‘Mat Sakau’,  Adi Putra Tak Melenting Siap Repost Lagi

Mat Kilau Mat Sakau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.