in

“Muka comel tapi…” – Netizen Meremang Tengok Harimau Bintang ‘Check-In’ Hotel Di Jaipur

Harimau Bintang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harimau bintang merupakan sejenis harimau yang berasal dari Afrika, ia biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik serta warna lebih cerah di bahagian bawah.

Spesis kucing besar ini juga pernah dilihat beberapa kali di Malaysia dan ia merupakan haiwan nocturnal (aktif waktu malam).


Terbaru, seekor harimau bintang membuatkan ramai lari ketakutan apabila ia menceroboh masuk sebuah bilik hotel di Jaipur, India.

Artikel berkaitan: “Elsa sebenarnya” –  Tular Video Harimau Putih Kurus Melampau, Ini Jawapan Zoo Melaka

Artikel berkaitan: “Tapir pun?” – Ini 7 Haiwan Di Dunia Yang Korang Tak Sedar Sudah Hidup Sejak Zaman Prasejarah Lagi!

Menurut laporan Kosmo!, haiwan itu ditemui di lokasi kejadian sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu lalu.

Dalam video yang tular di media sosial itu, kelihatan harimau bintang tersebut berlegar-legar di bilik hotel tersebut yang merupakan bilik kakitangan dan mengganas sehingga melanggar beberapa barang di dalam bilik itu.

Lebih menggerunkan, haiwan liar itu juga seakan mahu menerkam individu yang merakam kejadian penuh cemas itu.

Difahamkan, kakitangan tersebut kemudian mengunci bilik sebelum menghubungi Jabatan Perhutanan.

Akhirnya, Pegawai Jabatan Perhutanan berjaya menangkap harimau bintang berkenaan sejurus tiba di hotel tersebut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.