in

Muka Baik Tapi Kaki Menipu!

Cur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang korang mesti ada dengar cerita orang mintak duit sebab isteri sakitlah, kereta rosaklah, tak ada tambang nak balik rumahlah. Rasa kesian jugak sometime, tapi jangan baik sangat, takut jadi mangsa penipuan.


Seorang individu kat Facebook berkongsi kejadian di mana dia didekati seorang lelaki dengan kereta rosak dan tak cukup duit.

Tetapi, rupa-rupanya,dia dah terserempak beberapa kali dengan lelaki yang sama dekat pusat beli-belah yang lain.

Cur1 1
sumber: twitter

Korang tau tak yang pakcik ni merantau seluruh pusat beli-belah sekitar Empire Subang, Aeon Shah Alam, SACC Mall dan Seksyen 13 untuk menjalankan modus operandi dia!

Lepas je dia berkongsi cerita ni kat FB, ramai pulak netizen yang tampil bagitahu yang dorang pun pernah jadi mangsa pakcik ni! 

Cur3

Cur4
sumber: twitter

Bukan tu je, ada seorang pengguna cerita yang dia pernah terserempak dengan pakcik ni sebelum, semasa dan selepas mengandung! Serius la pak cik….

Cur2
sumber: twitter

Netizen lain juga menambah yang dia pernah terserempak pakcik ni kat KLCC dan dia acah-acah kerja dekat TV3. Siap tunjuk lanyard TV3 kononnya van TV3 rosak. Ye la tu pak cik!

Bukan setakat mall je, pakcik ni pun pernah mintak duit masa sorang netizen stuck kat dalam traffic jam. Netizen tu cakap yang dia pakai office wear dan tak nampak macam scammer pun.

Betul lah kata orang, zaman sekarang jangan mudah percaya. Ramai kaki penipu!

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang!

Cur9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.