Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada membuat kenyataan secara terbuka sebentar tadi, tapi memberikan respon selepas berlakunya kemelut politik sejak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat sidang media bahawa dirinya telah meraih banyak sokongan.
Berikutan dengan kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa dirinya tiidak dapatt menghalang jika ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO ingin menyokong Anwar, Tun M menyifatkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) telah hilang majoritinya dalam Parlimen untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Jika kita menerima kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid adalah benar di atas kedudukanmnya sebagai presiden UMNO dan pengerusi BN, makan TSMY tidak boleh lagi tegas dia masih mempunyai majoriti. ” – Tun M
Katanya lagi, TSMY dari peringkat awal lagi tidak mempunyai majoriti tetapi telah berjaya menutup kebenaran itu dengan membawa ketua-ketua parti mengadap DYMM Yang diPertuan Agong dan membuat bilangan secara pukal tanpa perlu memperinci siapa Ahli-Ahli Parlimen yang menyokongnya.
Dalam pada ituu Tun M ada menyatakan bahawa, sejak dari perisytiharan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, beliau telah meminta supaya satu undi tidak percaya dapat diusulkan di Parlimen untuk menyelesaikan masalah ini.
Jika TSMY kalah, ahli-Ahli Dewan Rakyat berpeluang mengusulkan calon Perdana Menteri yang baru dan sesiapa yang mendapat majoriti akan dapat menerajui Kerajaan tanpa terlalu banyak tekanan berkaitan legitimasi.
“Jika ini dapat kita lakukan maka kita semua dapat mengelakkan dari perlunya mengadakan pilihan raya umum pada ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19.”
Tambah Tun M, beliau menyatakan perkara ini bahawa apa yang sedang berlaku adalah sesuatu yang telah pernah dinyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin awal-awal lagi.
Baca : “Anwar tak mungkin jadi PM”- TS Annuar Musa Gesa PRU Mengejut, Biar Rakyat Yang Buat Pilihan