in

Mufti Selangor Kata Puasa Genap 30 Hari, Pusat Astronomi Jangka 1 Syawal Pada 21 April

Ft Syawal 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut mengenai tarikh 1 Syawal kini menjadi perhatian rakyat Malaysia terutamanya umat Islam kerana timbul khabar angin dimana Hari Raya Aidilfitri mungkin disambut awal sehari sepertimana yang berlaku Syawal tahun lepas.


Sebelum ini, Mufti Selangor ada membuat bayangan bahawa tidak akan berlaku raya mengejut tahun ini dan akan berpuasa genap 30 hari, lapor Sinar Harian.

Walaubagaimanapun, hari ini, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.

 

Dijangka raya awal sehari tahun ini?

Namun begitu, Berita Harian melaporkan bahawa beberapa negara lain di Asia termasuklah Australia mungkin tak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar, biarpun menggunakan teleskop khas.

Screenshot 2023 04 07 151852

Oleh itu, Pusat Astronomi Antarabangsa menjangka bahawa kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.

Sebagai rujukan, di Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.

 

Baca : “Queen of Lagu Raya!” – Album Raya Siti Nurhaliza Juarai Carta Spotify Walaupun Dah 19 Tahun ‘Release’!

Untitled Design 2022 05 10T125418.734

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.