Buka saja mana-mana platform media sosial sekarang ni, asyik ada iklan nak putihkan kulit je.
Putihkan kulit dalam 3 hari. Cerahkan kulit dalam 14 hari. Produk terjamin berkesan untuk mencantikkan kulit.
Clichè.
Kulit gelap pun cantik
Ketaksuban orang Asia nak putihkan kulit ni bukanlah satu benda baru.
Masalahnya dah jadi macam satu trend pula, asal putih je dilabel cantik.
Tapi finalis Dewi Remaja, Haneesya Hanee buktikan berkulit gelap juga ada kecantikan tersendiri.
Dengan ketinggian 170cm dan berat badan 60kg, Haneesya yang juga cicit seniwati Zaharah Agus iaitu pemegang watak Latifah dalam filem Madu Tiga, sedang meningkat naik dengan wajah uniknya.
Siapa kata kulit gelap tak cantik?
Muak tanggapan kulit putih terbaik
Sejak-sejak viral kisah kulitnya dikutuk sebab gelap macam orang Afrika, ramai netizen yang back up Haneesya.
Malah, ramai juga mengharapkan dia menang sebab dah muak dengan anggapan kulit putih tu yang terbaik.
Selain menganggap rupanya seperti Barbie, ada yang berkata wajahnya sesuai untuk jadi model Victoria Secret!
Betul tu!
Biarkan saja orang nak kata apa. Tapi percayalah ramai je rakyat Malaysia yang sokong awak, Haneesya.
Sekurang-kurangnya, kerjaya awak sebagai model dan pelakon sedang meningkat naik.Terus kekalkan sikap positif tu. All the best!
Baca: “Putih ke gelap, semua dia salam. Humble” – Dikecam Teruk, Zoey Rahman Tampil ‘Back Up’ Aliff Syukri