in

“Motor tertindih atas kepala” – Baju Hujan Tersangkut Dekat Sprocket Motor, Murid Maut Terjerut Leher

Maut Terjerut

Seorang murid tahun empat dari Kelantan maut selepas lehernya terjerut ketika membonceng motosikal di Kampung Gong Tanah Merah, Jertih, semalam. Menurut Harian Metro, ketika kejadian jam 10.15 pagi itu Tuan Nur Irdina Najwa Tuan Rosli menemani ibu saudaranya berusia 31 tahun untuk ke satu majlis.

Mereka dalam perjalanan ke Kampung Darau dari arah Kampung Gong Gering dengan menunggang Honda RS150R sebelum tiba-tiba baju hujan dipakai arwah tersangkut di sprocket.

Sebaik sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba baju hujan dipakai mangsa tersangkut pada bahagian ‘sprocket’ belakang motosikal menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan.”

Maut4
sumber: blog
Sprocket
gambar hiasan

Menurut Mingguan Wanita, seorang saksi dikenali sebagai Sabri Muda ketika itu cuba membantu menanggal baju hujan namun usahanya gagal.

Motosikal itu tertindih di atas kepalanya (mangsa). Saya pun bergegas ambil pisau cuba kerat baju hujan tapi tak dapat.”

(Selepas) saya ambil spanar dan rantai motor baru boleh angkat mayat.”

Mangsa yang mesra dipanggil Wawa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu saudaranya tidak mengalami kecederaan.

Maut1
sumber: berita harian
Maut2
sumber: harian metro

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut serta proses bedah siasat mengesahkan arwah meninggal dunia kerana parah di leher.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata kes disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jenazah Wawa dilaporkan selamat dikebumikan di anah Perkuburan Islam Kampung Kayu Kelat, Jertih selepas solat Asar semalam.

Maut3
sumber: facebook

Al Fatihah… Berhati-hati bila tunggang atau bonceng motosikal…

Baca: “Bahaya gila!” – Nurse Terperosok Bawah Motor Sendiri Lepas Jaket Terbalik Tersangkut Pada Roda & Jerut Lehernya

Motorft3