in

“Motif?” – Lelaki ‘Flex’ Duit Berkepuk-kepuk Buat Netizen Menyampah

Cash 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang tengok dekat media sosial, beberapa individu yang suka tayang duit cash berkepuk-kepuk. Kadang-kadang tu, ada yang simpan cash tersebut dalam briefcase.

Bukan itu sahaja, mereka juga sering ‘flex’ bermacam-macam kemewahan seperti memandu kereta mewah, menaiki pesawat peribadi serta membeli barang-barang berjenama.


Semalam, tular di X video menunjukkan seorang lelaki sedang mengira wang kertas untuk persiapan majlis akad nikah.

Cash 1

‘Flex’ duit cash berkepuk-kepuk

Lelaki itu seperti sengaja menayang wang kertas yang dimilikinya. Bukan sekeping dua malah beberapa ikat wang kertas yang bernilai RM50 dan RM100. Selain itu, ada wang kertas RM100 diselerakkan di atas meja bersama iphone, kunci kereta dan sebuah beg mahal.

Bukan itu sahaja, lelaki itu seolah-olah sedang mengira perbelanjaan majlis akad nikah melalui tablet miliknya dengan kapsyen

Semua persiapan dah siap, tinggal majlis akad nikah je tapi…. boleh pula dia call cakap “tak jadi kahwin” last minute

Lelaki yang memakai beg berjenama itu dilihat sedih kerana ditinggal oleh bakal isteri walaupun sudah membuat persiapan untuk bernikah. Dia berkata, bakal isteri menelefonnya dan ingin membatalkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan: ‘Flex’ Kereta & Rumah Mewah, Wanita Dedah Taktik Kotor ‘Founder’ Timbang Kilo Tipu Pelanggan

Artikel berkaitan: “Peh macam kad VIP!” – Lelaki ‘Flex’ Pasport Malaysia & Nombor Plat Sebab Nak Potong Barisan?

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen di ruangan komen berkata video seperti itu sekadar content untuk menarik orang lain join bisnes yang mereka jalankan.

Cash 3 E1700038301303

Ada netizen yang sudah lali dengan content seperti ini.

Cash 2 1 Cash 3 1 E1700038460857

Cash 4

Banyak betul cash dia! Kalau min, takut nak pegang cash banyak-banyak hehe

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.