in

Misi Pencarian Selama Ini Dikatakan Salah Lokasi, Penyelidik Dakwa Misteri MH370 Dah Terungkai?

ft mh370

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sedekad insiden menyedihkan Malaysia ini berlaku, kisah kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 kini kembali menjadi topik utama perbincangan awam apabila seorang penyelidik mendakwa bahawa beliau berjaya merungkai misteri kehilangan pesawat itu.

Seorang penyelidik, daripada Universiti Tasmania, Vincent Lyne berkata, kajiannya telah berjaya mengenal pasti ‘lokasi persembunyian yang sempurna’ di mana pesawat itu telah ‘menghilang’.


Artikel berkaitan : Pakar Dakwa Misteri MH370 Boleh Terungkai Dalam Beberapa Hari Kalau..

Artikel berkaitan : Keluarga Mangsa MH370 Minta Hentikan Jenaka, Dakwa Masih Trauma

Dia mendakwa bahawa MH370 itu tersembunyi di kawasan Broken Ridge, iaitu sebuah plat lautan sedalam 6,000 meter di tenggara Lautan Hindi, ia sekali gus menyifatkan usaha pencarian dilakukan selama ini dibuat di lokasi yang salah.

2786598

“Lokasi ikonik yang telah direncanakan itu mempunyai lubang yang sangat dalam, 6,000 meter di hujung timur Broken Ridge dalam persekitaran laut yang berbahaya dan terkenal dengan ikan-ikan liar dan spesies air dalam yang baharu.”

“Dengan sisi curam yang sempit, dikelilingi oleh rabung besar dan lubang dalam yang lain, ia dipenuhi dengan mendapan halus iaitu tempat ‘bersembunyi’ (MH370) yang sempurna.”

Dia juga menyifatkan bahawa juruterbang MH370 membuat keputusan yang dirancang untuk ‘menghilangkan’ pesawat bersama 239 orang di dalamnya.

Lyne juga menjelaskan bahawa carian sebelum ini mungkin terlepas dari lokasi sebenar disebabkan topografi bawah air yang kompleks di Broken Ridge.

Jelasnya, lokasi tepat yang dikenal pastinya telah ditolak sebagai tidak relevan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebelum ini, yang berpotensi menjelaskan mengapa pesawat itu masih belum ditemui.

2786601

“Sama ada ia akan dicari atau tidak, terpulang kepada pegawai dan syarikat pencarian, tetapi dari segi sains, kita tahu mengapa pencarian sebelum ini gagal dan begitu juga sains jelas menunjukkan di mana terletaknya MH370. Pendek kata, misteri MH370 telah diselesaikan secara menyeluruh dalam sains!”

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kekal sebagai salah satu misteri paling membingungkan dalam sejarah penerbangan.

Bagaimanapun teori baharu Lyne mengenai lokasi pesawat di Broken Ridge menawarkan perspektif baharu yang berpotensi menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.