in

“Mintak maaf i had enough” – Berang Sebutan Ditertawakan Rakan Penyampai Radio, Mark Adam Mahu Berhenti?

Fi Mark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang dah kenal dengan penyanyi Mark Adam. Sejak akhir-akhir ini, namanya semakin meningkat naik kerana sering diundang ke rancangan-rancangan hiburan.


Malah, sejak Februari lalu rezekinya makin berlipat-lipat selepas penyanyi berasal dari Filipina itu telah dilamar untuk menjadi penyampai radio di Hot FM.

 

Dapat cabaran kendali slot berita

Terbaru, Mark telah dicabar untuk mengendalikan sebuah slot berita di stesen radio tersebut.

Pantang mundur sebelum operasi

Dia yang menyahut cabaran tersebut telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbetulkan sebutan serta penyampaiannya.

 

Bengang, tendang meja

Menerusi perkongsian video di Instagram Hot FM yang dimuat naik semalam, Mark bagaimanapun kelihatan terlampau bengang lepas teman penyampai radionya Riena, mentertawakannya.

Dia sempat memberitahu yang dia masih belum tidur sebab merasa tertekan dengan cabaran tersebut.

Namun dia tak boleh menahan rasa marah itu, lalu terus menendang dan pergi meninggalkan tempat tersebut.

Perkongsian video itu sehingga kini telah meraih lebih daripada 100k views.

 

Gambar warna hitam

Selain itu, penyanyi tersebut telah menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik gambar berlatar hitam di akaun Instagramnya.

 

Walau bagaimanapun melalui posting Hot FM pagi tadi, Mark dan Riena kelihatan baik sesama mereka dan mereka juga sempat bergurau senda.

Mark 1

Apa pendapat korang? Macam mana pun, Goodluck Mark!

 

Baca : “Langgar terma perjanjian” ; Kontrak Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Ditamatkan

Foot Mark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.