Nampaknya, penangan perkahwinan selebriti Neelofa dan Pu Riz pada Sabtu lalu masih belum habis.
Sebelum ni, dekorasi dewan dan pelamin besar serba putih yang menggunakan tema Jabal Rahmah menjadi perhatian.
Namun kini, busana pernikahan yang dikenakannya pula menjadi bualan hangat. Perhh lain macam mata netizen ni.
Menurut mStar, selebriti tersebut menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal Alia Bastamam, dengan berkonsepkan ‘Greek Goddess’ selain veil yang diinspirasi daripada gaya ‘Arabian hooded’.
https://www.instagram.com/p/CM9K80sHacd/
Sempurna dan mudah digayakan
Menurut Alia, Neelofa katanya dah tahu apa yang ingin digayakan dengan menggunakan kain lace dipenuhi manik tapi tak terlampau keterlaluan.
Tambahnya lagi, dia mahu memastikan rekaan yang sempurna dan mudah untuk digayakan oleh Neelofa.
Guna 5,000 kristal Swarovski
Tapi apa yang paling menarik perhatian ramai sekarang, untuk nampakkan busana tu lebih eksklusif dia menggunakan 5,000 kristal kecil Swarovski dan dipadankan dengan tassels daripada bulu burung unta.
Bukan 50 tapi 5,000!
Selain itu , Alia turut menggunakan lapan meter French lace hasil daripada gabungan tiga jenis corak yang berbeza untuk mencantikkan lagi sentuhan magisnya itu.
https://www.instagram.com/p/CM_d4Sjp8CF/
Bagi melengkapkan gaya untuk hari penuh bersejarah itu, Neelofa memakai hijab yang diperbuat daripada jenis chiffon sutera.
Power dan memang cantik gila!
Sumber : mStar, Instagram Neelofa & Alia Bastamam
Baca : “Tahniah Lofa & Riz” ; Serba Putih! Ini Dekorasi Dewan Sempena Pernikahan Neelofa & PU Riz