in

“Mesjid jadi background utk bergaya” – Netizen Indo Kecam Raline Shah Pakai Kasut Dalam ‘Masjid’, Tapi Sebenarnya…

Ft Ralinesepatu

Baru-baru ini aktres popular Indonesia, Raline Shah terima kecaman daripada segelintir pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sebuah gambar. Melalui gambar itu, Raline dilihat memakai printed kaftan dan kasut tinggi berwarna nude sambil posing di hallway yang mempunyai hiasan dan seni reka Timur Tengah.

Selepas melihat gambar tersebut, ramai pengikut dan peminatnya memuji kecantikan pelakon Surga Tak Dirindukan itu serta berkata dia tidak pernah gagal untuk tampil anggun.

Bagaimanapun, segelintir daripada mereka mengecam Raline kerana memakai kasut di dalam masjid. Malah ada yang memberi komen seolah-olah mengkritik Raline kerana menggunakan background masjid untuk bergambar. Antara komen netizen,

Kenapa dalam masjid pake sendal mba cantik?”

Di dalam mesjid ga boleh pake sepatu.”

Ada juga netizen yang sempat menegur pelakon 36 tahun itu akan nampak lebih sopan jika bertudung. Namun, rupa-rupanya mereka ini semua tidak tahu bahawa Raline bukanlah bergambar di sebuah masjid.

Berdasarkan gambar itu sendiri, Raline sendiri telah tagged Burj Al Arab iaitu sebuah hotel mewah yang dikenali dengan reka bentuk itu. Merupakan salah satu hotel tertinggi di dunia, Burj Al Arab terletak di Pantai Jumerah, Dubai.

Burj

Nasiblah ada antara pengikutnya di Instagram itu sempat menjawab bagi pihaknya dan memaklumkan bahawa lokasi tersebut bukan masjid seperti disangka netizen yang mengecamnya.

Banyak yg ngira ini di masjid jadi harus lepas sandal ? padahal ini di spa hotel Burj Al Arab ya kan.”

Burj Al Arab kayaknya hotel deh bukan masjid, mungkin designnya memang begitu.”

Laju je nak kecam kan, padahal dah tag dekat situ. Cuba rajin-rajinkan diri search dulu dekat Google….

Baca: “AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU” – Nonny Muat Naik Gambar Tengah ‘Berendam’, Mila Malas Layan?

Collage 1

Sumber: Booking.com