in

“Meriah betul!” – [VIDEO] Demonstrasi Keselamatan Penerbangan MAS Buat Ramai Teruja!

Meriah Betul Video Demonstrasi Keselamatan Penerbangan Mas Buat Ramai Teruja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali kita menaiki mana-mana kapal terbang, sebelum berlepas kita biasanya akan dapat taklimat keselamatan yang selalunya ditunjukkan oleh krew kabin atau dengan persembahan video.


Ia amat penting untuk mengingatkan penumpang apa yang perlu dilakukan jika terdapat sebarang kecemasan ketika penerbangan sedang berjalan.

Baru-baru ini, ramai yang teruja apabila syarikat penerbangan tempatan Malaysia Airlines (MAS) melancarkan video demonstrasi keselamatan dengan cara yang unik dan sangat meriah!

Video tersebut difahamkan bakal dilancarkan dalam semua penerbangan MAS bermula bulan Ogos depan dan ia merupakan hasil sentuhan arahan Puan Sri Tiara Jacquelina dan dibantu oleh Dato Yusry Abdul Halim.

Menggunakan lagu tema Geylang Si Paku Geylang yang sinonim dengan rakyat Malaysia, video berdurasi 7 minit itu menampilkan 150 kru serta pelakon industri hiburan tanah air serta beberapa individu terkenal yang lain.

1630810

Antara nama besar yang membintanginya termasuk Tiara dan Yusry sendiri, Datin Lisa Surihani, Diana Danielle, gimnas Farah Ann Hadi, pereka fesyen Syomir Izwa Gupta, ahli fizik Tan Sri Mazlan Othman, Azman Naim, dan Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James.

Malah, ada juga penyanyi rap Arabyrd, ikon kemanusiaan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Sangeeta Krishnasamy, usahawan Maple Loo, penyanyi jazz Ida Mariana, pelakon Ola Bola The Musical, serta kru kabin MAS sendiri.

Rasa bangga betul tengok video ni, memang unik!

Baca: ‘Google Doodle’ Beri Penghormatan Kepada Pakar Zoologi Malaysia

Google Doodle Beri Penghormatan Kepada Pakar Zoologi Malaysia

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.