in

“Mereka sudah hidup `nyawa-nyawa ikan’” – Ramai Minta BNM Buat Moratorium Penuh Buat Rakyat

Bnm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) telah dilanjutkan dan sudah semestinya ia menimbulkan keresahan buat segelintir pihak.

Antaranya adalah bantuan moratorium penuh  bagi membantu rakyat terutamanya golongan yang terjejas pendapatan mereka.


Ramai pihak menyuarakan pendapat dan gesaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) agar kemudahan itu diberikan kepada semua orang.

 

Bank takkan gulung tikar sebab moratorium

Antaranya ialah  Presiden Dewan Perdagangan & Industri Asean, Datuk Sohaimi Shahadan, beliau berkata, institusi kewangan dan perbankan tidak akan gulung tikar sekiranya memberikan moratorium sepenuhnya kepada rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Lapor Kosmo! Beliau turut mempertikaikan kenapa kerajaan menerusi BNM tidak mengearahkan mana-mana institusi kewangan melaksanakan moratorium kepada golongan B40 dan M40 secara automatik.

Sohaimi 750X422 1

“Kalau perkara ini dilakukan segera secara automatik, bank-bank ini tidak akan terjejas seperti mana golongan peniaga yang makin parah hari demi hari.”

“Saya amat risau tatkala bantuan-bantuan ini lambat sampai kepda kumpulan sasar, mereka sudah hidup `nyawa-nyawa ikan’. Lebih membimbangkan ialah isu kesihatan mental sehingga melibatkan nyawa yang maut.”

Dalam pada itu beliau juga memberikan penerangan berkenaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dimana ia memberikan kuasa yang cukup luas kepada kerajaan untuk membuat atau meminda apa sahaja undang-undang atau statut bagi mengarahkan moratorium.

Katanya lagi, di bawah Seksyen 5 Akta Bank Negara (2009) ia memperuntukkan fungsi BNM untuk mengatur (regulate) dan mengawal selia (supervise) institusi kewangan.

Manakala Seksyen 72 pula memberikan kuasa untuk membuat apa-apa polisi monetari serta kewangan dan ini termasuklah polisi moratorium pinjaman.

 

Operasi bank akan terjejas apabila melaksanakan moratorium automatik tidak boleh diterima akal

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pula menjelaskan bahawa institusi perbankan komersial di Malaysia mempunyai nisbah modal yang mencukupi, malah ia jauh lebih tinggi daripada had minima yang ditetapkan.

Oleh sebab itu, beliau menyifatkan bahawa alasan yang menyatakan kononnya operasi bank akan terjejas apabila melaksanakan moratorium automatik tidak boleh diterima akal.

61600828401 Shahrilhamdan

Dalam pada itu, beliau juga turut mempersoalkan kenapa insitusi perbankan mampu laksanakan moratorium tahun lepas, tetapi tahun ini tidak sedangkan tahun ini tekanan rakyat semakin bertambah.

“Apa yang mungkin pihak berkuasa terutama Bank Negara Malaysia (BNM) kena sedar adalah, apa yang ada di atas kertas dan apa yang realiti semasa adalah berbeza. Mungkin mereka (bank) katakan moratorium bersasar cukup bagus kerana hanya mereka yang layak akan dapat. Tetapi itu hanya atas kertas, realitinya berbeza.”

“Ini yang saya rasakan pembuat dasar baik kerajaan atau institusi seperti BNM atau bank-bank lain tidak sedar realiti sebenarnya.” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam pada itu, Shahril juga ada andaian kenapa ramai rakyat Malaysia ada masalah jika ingin membuat permohonan bantuan secara bersasar.

“Pertama, kita andaikan bahawa semua yang memerlukan (moratorium) akan memohon dan kedua kita andaikan semua yang memohon akan dapat.”

“Saya nak tanya BNM, adakah BNM yakin kedua-dua andaian itu betul? Kita lihat adakah semua orang yang memerlukan mampu mohon? Bagaimana dari segi birokrasi? Bergantung kepada orangnya? Bergantung kepada keadaanya?”

“Tidak semua mempunyai kemahiran, nampak macam senang. Kalau letakkan diri sebagai bank, memang nampak senang; tetapi realitinya kita tahu, tak semua yang memerlukan ada kesedaran atau kemampuan atas apa-apa sebab untuk mohon,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberikan pendekatan dengan menggambarkan situasi pemohon moratorium yang terpaksa berdepan dengan banyak proses terutamanya mereka yang bergaji harian atau jenis yang tiada slip gaji.

“Andaiannya adalah, siapa yang mohon, kalau layak, pasti dapat. Kita tengok laporan-laporan berita menerusi kenyataan-kenyataan beberapa kes di mana ada yang perlu buktikan bahawa pendapatan dia terjejas.

“Kalau dia ada slip gaji, mungkin mudah. Bukan semua orang di Malaysia ini ada slip gaji.”

“Kita tengok laporan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lepas yang menyatakan dua hingga tiga juta rakyat Malaysia adalah pekerja tidak formal atau bekerja sendiri.”

“Maam mana nak tunjukkan pendapatan dia jatuh kalau gaji dia harian, atau sebagainya? Nak tunjuk slip akaun bank, barulah bank nak terima? Itu pun kita nampak banyak kes di mana bank-bank tidak terima pun ia sebagai bukti pendapatan terjejas,” tegas Shahril.

Justeru, beliau sifatkan dua andaian yang dibuat itu merupakan andaian yang tidak berlaku di dunia yang nyata.

Namun begitu, baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman bahawa bantuan moratorium dan i-Sinar akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Jadi, sama-samalah kita nantikan.

 

Baca : Agong Setuju Bank Beri Moratorium Automatik Untuk B40 &  M40 –  Lim Guan Eng

Bnm

 

Sumber: Kosmo!
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.