in

“Mereka patut belajar hormat agama lain”- Apek Malaysia KUTUK Kekejaman CHINA Pada Muslim Uighur!

Featured 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejam dan melampau!


Itu yang boleh dikatakan terhadap penindasan yang dilakukan ke atas etnik muslim Uighur di wilayah Xinjiang.

Sehingga kini didakwa lebih sejuta, malah ada yang mengatakan kira-kira empat juta muslim Uighur telah ditindas dengan pelbagai kaedah dalam usaha untuk ‘melenyapkan’ golongan ini dari wilayah terbabit.

 

Cina Malaysia dengan Cina CHINA sama je!

Disebabkan isu tersebut kecoh di Malaysia, ada pihak yang tersalah anggap dan terus menyalahkan dan ‘menghukum’ dengan mengatakan kaum Cina di negara ini sama sahaja perangai dan pemikiran mereka dengan apa yang berlaku di China.

2 8

1 12
Sumber: facebook

Malah mereka tidak menolak, sekiranya apa yang berlaku di sana berkemungkinan terjadi di negara ini.

Terpanggil dengan isu ini, Lobak Merah sendiri menemubual rakyat Cina di negara ini bagi menjelaskan situasi sebenar dan bertanya pendapat mereka tentang apa yang jadi di Xinjiang.

 

“Cina Malaysia dengan Cina China memang totally different”

Scott Ng, 30 tahun yang merupakan seorang pekerja di sektor swasta berkata dia memang tau apa yang berlaku di Xinjiang, penindasan dan kekejaman yang dilakukan ke atas muslim Uighur.

Image From Ios 1 2

Jijik! Scott berkata tindakan yang dilakukan China ke atas muslim Uighur adalah keterlaluan dan melampau.

Pemikiran kita dan mereka berbeza, Cina kat Malaysia dibesarkan dalam masyarakat yang berbilang bangsa ada India, Melayu dan bangsa lain, so kita belajar tolak ansur dan terima agama lain, memang tak sama dengan Cina di sana”

“Mereka ada ideologi mereka sendiri, dan saya rasa mereka susah nk terima perbezaan dalam kalangan mereka, tapi disini kita lebih demokrasi.”

Pada masa sama Scott berharap agar rakyat di negara ini tak salah anggap dan terus menghukum kaum Cina di Malaysia, sedangkan apa yang berlaku di Xinjiang adalah perkara yang berbeza.

 

Betul guys, jangan lah cepat menghukum!

Baca : Kami dipaksa mkn babi dilarang solat- Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan Istimewa Di Kem Tahanan Xinjiang.

Ui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.