in

Menteri-menteri Berbelah Bahagi Nak Teruskan Darurat Atau Hentikan, Bimbang ‘Dihukum’ PRU Akan Datang

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, beberapa menteri telah meminta agar tempoh darurat dilanjutkan sehingga selepas Ogos.


Bagaimanapun, sumber memberitahu ada beberapa menteri pula mahukan darurat ditamatkan pada penghujung Ogos kerana bimbang rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya akan datang, lapor FMT.

Bagi menteri yang merasakan tempoh ini patut dilanjutkan mereka merasakan darurat patut dibuat sepanjang tiga fasa lockdown yang diumumkan baru-baru ini bagi mengawal kenaikan kes Covid-19.

Sebelum ini, Putrajaya mengumumkan yang total lockdown kali ini akan melalui tiga fasa bermula 1 Jun. Fasa pertama melibatkan penutupan penuh sosial dan sektor ekonomi tidak penting.

Jika berjaya, kerajaan akan beralih kepada fasa kedua di mana beberapa sektor yang tak melibatkan pengumpulan beramai-ramai dibenarkan untuk dibuka mengikut SOP yang ditetapkan.

Fasa ketiga pula, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat namun aktiviti sosial masih tak dibenarkan.

Darurat 1

Kata sumber ini lagi, kerajaan masih belum menggunakan kuasa penuh mereka di bawah perintah darurat ini seperti meminta agar institusi kewangan untuk memberikan moratorium semasa tempoh lockdown. Putrajaya juga dalam tempoh darurat boleh menggunakan kemudahan di hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.

Beberapa menteri pula tak bersetuju jika tempoh darurat dilanjutkan kerana bimbang kecaman yang akan diterima oleh rakyat jika Parlimen terus ditutup.

Parlimen perlu dibuka untuk perbahasan, jika tidak kita tak ada kredibiliti untuk menang pilihanraya akan datang.

Bagi yang menentang darurat diteruskan merasakan ada cara lain untuk hentikan usaha menggulingkan kerajaan sekarang.”

Kata sumber ini lagi, kerajaan boleh berbincang dengan pihak pembangkang untuk hentikan gerakan undi tak percaya ke atas perdana menteri jika Parlimen diteruskan.

Katanya lagi, rakyat mahukan jawapan dengan peningkatan kes Covid-19 dan langkah-langkah untuk perbaiki ekonomi bagi menyelamatkan pekerjaan.

Kalau darurat diteruskan, adakah pelabur asing akan melabur dengan kita?”

 

Baca: Menteri-menteri Bergaduh Sampai Hempas Meja Gara-gara MITI Bagi 95,000 Syarikat Beroperasi?

Screenshot 2021 06 04 At 2.19.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.