in

“Mentang-mentang udara takde roadblock” – Rentas Negeri Guna Pesawat Semasa PKPB, 4 Individu Didenda

A 5 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pun tahu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam.

Antara syarat PKPB ini adalah larangan untuk merentas ke negeri lain sepanjang tempoh 14 hari kecuali mereka yang mendapat kebenaran pihak berkuasa atas urusan-urusan tertentu.


Namun, masih ada yang ingkar sehingga sanggup menaiki pesawat udara untuk merentas negeri.

A1 3 2

 

Rentas negeri naik pesawat ringan

Tindakan licik empat individu yang terdiri daripada seorang juruterbang dan tiga orang penumpang itu dapat dihidu pihak berkuasa apabila mereka didapati ingkar arahan PKPB dan gagal menunjukkan sebarang surat kebenaran.

Keempat-empat mereka berusia antara 33 hingga 43 tahun itu menaiki pesawat ringan jenis Piper Warrior PA 28 dan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di Selangor ke Pulau Tioman, Rompin.

A 5 3

 

Beri alasan ada urusan perniagaan 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon, berkata empat individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Semakan di Pusat Operasi COVID-19 negeri memaklumkan tiada seorang pun mempunyai kebenaran sebelum berlepas dari Subang. Mereka melakukan perjalanan rentas negeri dari kawasan PKPB tanpa kebenaran.”

“Mereka memberitahu kunjungan terbabit untuk menguruskan perniagaan menyelam, tetapi gagal mempamerkan kebenaran perjalanan rentas negeri, pas majikan atau perjalanan dengan tujuan kerja.”

Sumber: Berita Harian

 

Mentang-mentang kat udara takde roadblock ingat boleh lepas. Lepas ni jangan ada yang rentas negeri naik sampan pulak.

Baca: “Pulang ke kampung ‘bahaya'” – Dr Noor Hisham Gesa Penduduk KL, Selangor & Putrajaya Duduk Di Rumah, Takut Jadi Pembawa Virus

A2 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.