Kaunselor penyusuan atau lactation consultant ialah profesional kesihatan yang pakar dalam pengurusan klinikal penyusuan.
Mereka ini akan membantu ibu-ibu di luar sana untuk melakukan teknik penyusuan yang betul serta membantu mereka menjawab soalan-soalan berkaitan dengan penyusuan serta kesihatan bayi.
Kaunselor penyusuan ini biasanya boleh dihubungi melalui hospital-hospital atau pusat kesihatan yang fokus kepada ibu dan bayi.
Namun, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar sebagai kaunselor itu dan meminta ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan untuk menghantar video mereka bagi tujuan ‘pemeriksaan’.
Seorang kaunselor penyusuan yang berdaftar Nad Masrom melalui Instagram miliknya berkongsi cara mesej kaunselor palsu itu dan bagaimana dia menjerat ramai wanita di luar sana.
https://www.instagram.com/p/CorfZi2SHsE/
“Kasihan ibu-ibu yang ketandusan ilmu. Tak tahu nak rujuk siapa dan di mana. Maka ada yang menyamar jadi kaunselor penyusuan dan tawarkan diri untuk bantu secara PERCUMA.
Jadi ibu-ibu semua berhati-hati ya. Jika ada keraguan, boleh rujuk dan sahkan dahulu benar tak mereka ni kaunselor penyusuan bertauliah. Kalau tiba-tiba minta video dan gambar tanpa kenal asal-usul tu tak payahlah,” tulisnya.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama perkara ini dilucahkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, Nad menerusi posting yang sama memberitahu dia sendiri pernah mengalami perkara hampir sama dengan itu apabila terdapat lelaki ‘miang’ yang menelefonnya untuk mengambil kesempatan.
Baca: [VIDEO] Creepy! Lelaki ‘Pervert’ Cuba Buka Pintu Belakang Rumah Bujang Tengah Malam