in

“Meniti tepi longkang!” – Universiti Terkenal Dikecam Tak Rai Ibu Bapa, Suruh Masuk Pintu Belakang Masa Konvo

rai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang tak gembira bila melihat anaknya tamat pelajaran dan berkonvo di universiti? Kalau diberi kesihatan yang baik, mereka sanggup datang jauh dari kampung semata-mata nak tengok anak naik pentas dan ambil ijazah.

Pun begitu, layanan yang diberikan sebuah universiti tempatan kepada ibu bapa semasa istiadat konvokesyen baru-baru ni mendapat kecaman kerana dituduh ‘tidak meraikan’ tetamu istimewa ini.


 

“Apakeheinya ibu bapa semua kena masuk pintu belakang” 

Menerusi perkongsian di Twitter, individu ini meluahkan rasa tidak puas hatinya ketika menghadiri majlis konvokesyen di sebuah universiti terkenal baru-baru ni.

Menurutnya, semasa majlis tu berlangsung, tetamu terutamanya ibu bapa terpaksa beratur untuk memasuki dewan dengan menggunakan pintu belakang yang kecil, sempit dan berdekatan dengan longkang.

Lebih menyedihkan, pintu hadapan pulak hanya khas buat golongan VIP dan pensyarah sahaja. Aduhai… biar betul ni?

ape 1

DruglffVsAUBweR

DruglfhVYAAmScE

ape 2
Sumber: Twitter

 

“Bertongkat, stroke, siblings ada cerebral palsy dan berkerusi roda. Macam manalah gamaknya deme lalu?” 

Individu itu juga meluahkan rasa sedihnya apabila melihat golongan warga emas yang kebanyakannya sudah bertongkat, hidapi penyakit stroke dan berkerusi roda terpaksa lalu jalan yang sempit sebentar tadi.

Sudahlah kena berjalan dekat dengan longkang, kalau jatuh macam mana? Nak buat aduan pun individu tersebut tak sure dekat mana.

kerusi roda

universiti
Sumber: Twitter

 

“Dekat Indonesia tu siap meraikan mak ayah. Ini…” 

Beberapa hari lepas viral video ibu bapa yang hanya bekerja sebagai penarik beca diraikan oleh rektor universiti semasa hadir ke majlis konvokesyen anaknya. Tapi situasi yang berlaku di universiti di Malaysia ni lain sangat menurut netizen.

konovoooo
Sumber: Twitter

Macam manapun, diharapkan isu ni mendapat perhatian universiti terbabitlah supaya bahagian pihak pengurusan majlis lebih sensitif berhubung ibu bapa yang hadir ke majlis konvokesyen tersebut.

Jangan sampai ada netizen seru Dr Maszlee pulak. Kang malu kalau ditegur Menteri Pendidikan nanti. 

Baca: Tak Puas Hati Gagal Assignment, Pelajar Saman Universiti Monash!

assignment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.