Mexico kembali panas! Selepas sekian lama menjadi buruan, akhirnya riwayat raja dadah paling dikehendaki, Nemesio Oseguera Cervantes atau lebih dikenali sebagai “El Mencho”, berakhir juga. Pengasas kartel kegerunan Jalisco New Generation (CJNG) ini dilaporkan telah dikebumikan oleh keluarganya dalam satu majlis penuh ‘warna-warni’ pada Isnin lalu.
Ketua kartel berusia 59 tahun ini dilaporkan maut selepas tercedera dalam satu pertempuran sengit antara pengawal peribadinya dengan pasukan khas Mexico yang cuba menangkapnya pada penghujung Februari lepas. Kematian El Mencho ini bukan perkara kecil, sampaikan ahli kartel mengamuk dan melancarkan serangan balas dengan membakar kenderaan serta menyekat jalan raya di 20 buah negeri di Mexico!
Artikel berkaitan: Diburu Bertahun-Tahun, ‘El Mencho’ Akhirnya Tewas Selepas Orang Kepercayaan Kekasih ‘Buka Jalan’ Kepada AS
Artikel berkaitan: Modus Operandi Kartel Terbongkar: PM Anwar Tegas Banteras Tipuan Bida & Penetapan Harga
Masih inget El Mencho? Bos kartel yg mati ditembak aparat Mexico & sempet kita bahas
Kemarin dia baru aja dimakamin di Jalisco. Dimakamin kayak warga biasa? No, tapi pake peti mati emas, dihiasin dekorasi bunga
Bahkan pemakamannya juga dikawal tentara nasional Mexico & polisi.… https://t.co/FubSIMqjtG pic.twitter.com/L7XF6GsKps
— Strootsy (@strootsys) March 3, 2026
Majlis pengebumian El Mencho yang berlangsung di Guadalajara tetap kelihatan mewah dan penuh simbolik meskipun dia menjalani hidup sebagai seorang penjenayah. Jasadnya dibawa masuk ke dalam sebuah gereja kecil dengan menggunakan keranda berwarna emas yang sangat eksklusif. Kemewahan majlis tersebut turut terbukti apabila sebanyak lima buah lori diperlukan semata-mata untuk mengangkut timbunan bunga yang dihantar secara rahsia oleh pengirim tanpa nama.
Antara hiasan bunga yang paling mencuri tumpuan adalah yang berbentuk ayam jantan, sebagai rujukan kepada hobi si mati yang sangat taksub dengan aktiviti melaga ayam. Suasana pengebumian tersebut turut diiringi oleh pancaragam yang memainkan lagu-lagu narcocorridos untuk memuji kehebatan ketua dadah, termasuklah lagu kegemarannya iaitu El Muchacho Alegre atau “Budak Lelaki Yang Ceria”.
Menariknya, walaupun menggunakan keranda emas, kawasan kuburnya dilaporkan agak ringkas dan biasa jika dibandingkan dengan raja dadah lain yang sering membina makam besar yang mewah di atas kubur mereka.
Sumber: BBC
