Seorang penunggang motor menemui ajal pada awal pagi tadi (28 Ogos), selepas dia cuba mengelak seekor kucing yang sedang melintas di hadapan Pejabat Daerah Baling.
Melalui Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis telah memuat naik beberapa gambar di tempat kejadian. Difahamkan, penunggang itu hilang kawalan sebelum merempuh pasu hiasan di atas pembahagi jalan.
Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan dan disahkan maut di tempat kejadian. Kemalangan itu turut meragut nyawa kucing tersebut yang dilanggar oleh mangsa.
Gambar dimuat naik menunjukkan orang ramai termasuk polis berada di tempat kejadian dan mayat mangsa juga dilihat telah ditutup dengan kain berwarna putih sementara kucing berwarna oren itu pula berada di atas rumput.