in

Meninggal Dunia Ketika Kejohanan, Jasad Pemain Badminton China Masih Belum Dituntut Dari Hospital Indonesia

Syaz Ft 2024 07 25T122314.651

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 30 Jun lalu, satu insiden menggemparkan berlaku ketika Asian Junior Badminton Mixed Team Championships di Yogyakarta, Indonesia di mana seorang pemain muda dari China meninggal dunia ketika perlawanan berlangsung.

Zhang Zhi Jie rebah ketika dalam perlawanan menentang Jepun, setibanya di hospital pemain badminton berusia 17 tahun itu dilaporkan meninggal dunia.


71719891496 Zhangzhijie

Artikel berkaitan: China Juara Badminton Asia Junior Championship, Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium

Artikel berkaitan: “Rebah kemudian sawan” –  Pemain Badminton U-17 China Meninggal Dunia Ketika Perlawanan

Menurut laporan Astro AWANI, jasad Zhang Zhi Jie sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya dan masih tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.

Jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy mengesahkan bahawa jasad atlet itu masih berada di hospital itu sehingga Rabu (24 Julai) namun pihak keluarga telah meminta agar jasad Zhang Zhi Jie tetap berada di hospital itu untuk sementara waktu.

“Benar, hingga kini jenazah Zhang Zhi Jie masih di RS Sardjito Yogyakarta. Maklumat yang diterima daripada panitia pelaksana setempat, pihak keluarga meminta tempoh satu minggu lagi untuk mengambilnya,” katanya.

Broto bagaimanapun tidak mengetahui alasan di sebalik permintaan keluarga Zhang Zhi Jie tersebut, namun memberitahu bahawa pihak PBSI sedia menanggung proses pemulangan jasad atlet China tersebut ke negara asalnya.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.