in

Mengenang Jaafar Onn: 5 Filem ‘Legend’ Yang Pasti Buat Korang Teringat Pada Pelawak Veteran Ni!

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan kematian pelakon komedi veteren Jaafar Onn yang disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi di Hospital Idris Shah, Serdang di usia 73 tahun.

Pemergiannya ini disahkan sendiri oleh anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim. Sebelum itu beliau telah dimasukkan ke hospital selepas buang air besar berdarah.


Baru-baru ini, satu videonya viral menunjukkan beliau terpaksa bergantung kepada kerusi roda ekoran penyakit jantung yang telah menyebabkan kakinya bengkak. Jaafar perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Jadi, bagi mengenang pelakon ini, jom kita throwback balik filem-filem yang pernah dibintangi oleh Jaafar Onn ini.

Artikel berkaitan: Buang Air Besar Berdarah, Jaafar Onn Kini Di Zon Kritikal Hospital Serdang

Artikel berkaitan: “Doktor kata berisiko sebab masalah jantung” – Jaafar Onn Meninggal Dunia Ketika Prosedur Endoskopi

1. XX Ray (1992)

Budak-budak 90’s confirm tahu filem XX Ray kan? Kalau korang nak tahu, filem arahan dan lakonan dari Aziz M. Osman ini telah diiktiraf sebagai filem cereka sains pertama Malaysia tau!

Dalam filem ini, Jaafar Onn telah membawa watak sebagai pensyarah, Professor Amin yang mengajar Amir (Aziz M. Osman) dan rakan-rakannya.

XX Ray mengisahkan tentang pengembaraan Amir, Anuar dan rakan-rakan selepas menemui satu tahi bintang yang terjatuh berhampiran perkampungan Iban di Sarawak. Amir kemudiannya telah mencipta alat untuk melihat sejauh mana tahi bintang tersebut boleh diaplikasikan, mengalami banyak kesulitan apabila dia bertukar menjadi orang halimunan.

2. Suami, Isteri dan…? (1996)

Korang ingat lagi tak filem yang dibintangi oleh Rosyam Nor dan Lydiawati ni? Min memang ingat dengan watak anak dorang yang comel tu!

Suami, Isteri dan …? mengisahkan tentang rumah tangga Fatah dan Salmah yang runtuh selepas timbul perselisihan faham di antara mereka apabila Fatah telah membantu seorang wanita untuk membuat tuntutan insurans selepas kematian suaminya.

Di dalam filem ini, Jaafar Onn telah memegang watak sebagai bos kepada Salmah ketika mereka baru mengenali antara satu sama lain.

3. Gemerlapan (1997)

Gemerlapan merupakan filem pertama arahan Professor Dato’ Dr. A. Razak Mohaideen yang berkonsepkan drama muzikal.

Filem ini mengisahkan tentang Mimi yang sangat meminati muzik dangdut namun sering dikutuk oleh Nel yang menganggap genre itu agak kekampungan. Nel bagaimanapun meminati Mimi secara diam-diam dan sering mengutuskan kad-kad cinta misteri kepadanya.

Jaafar Onn memegang watak sebagai Encik Rashid, yang merupakan seorang pensyarah. Walaupun bersikap tegas, Encik Rashid meminati dangdut dan telah meminta Mimi untuk menyertai pertandingan nyanyian bagi mengangkat genre tersebut.

4. Baginda (1997)

Filem komedi arahan Aziz M. Osman ini telah menampilkan barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Azean Irdawaty, Jalil Hamid, Jalaluddin Hassan dan Jaafar Onn.

Ia mengisahkan tentang Cikgu Azian yang mahu mengangkat semula nama sebuah sekolah swasta yang terletak di Johor Bahru. Filem ini mengangkat tema tentang pengorbanan guru yang bekerja dengan ikhlas untuk mendidik muridnya dan ada juga yang mengajar hanya untuk wang ringgit.

Jaafar Onn telah memegang watak sebagai Cikgu Hassan iaitu seorang guru mata pelajaran muzik yang mempunyai masalah pendengaran.

5. Bintang Hati (2004)

Bintang Hati merupakan filem komedi arahan Aziz M. Osman yang dibintangi oleh Amy Mastura, Anuar Zain dan Umie Aida.

Vcd Filem Bintang Hati 1684855514 46529A42 Progressive

Filem ini tentang Tasya yang bekerja sebagai pengurus kepada penyanyi terkenal, Syakila (kedua-dua watak dilakonkan oleh Amy Mastura). Konflik mula tercetus di antara mereka apabila Tasya telah merakamkan lagu Syakilla secara senyap-senyap selepas penyanyi tersebut enggan memberikan kerjasama.

Di dalam filem ini, Jaafar Onn melakonkan watak sebagai Fazli iaitu seorang penerbit album.

Sumber: Berita Harian, Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.