Kerenah kucing berbulu jingga yang digelar sebagai ‘Oyen’ selalu viral di media sosial. Walaupun terkenal dengan ragamnya yang nakal, namun si ‘Oyen’ ini tetap menjadi kegemaran ramai.
Tidak terlepas dengan stereotaip kucing paling nakal, semalam viral lagi di Twitter kucing jenis ni buat hal. Dalam perkongsian @pelisahh, dia telah memuat naik video di akaun Twitternya yang menunjukkan seekor kucing sedang berjalan dengan perlahan di depan kereta.
just standard oyen behaviour pic.twitter.com/sY9TjJn2PD
— pel calico lover (@pelisahh) September 20, 2021
Kucing tersebut merupakan kucing milik @pelisahh itu sendiri yang diberi nama Robert sedang merayau di kawasan perumahan rumahnya. Nak cari apa la luar rumah tu.
@pelisahh yang baru balik selepas keluar rumah telah merakam kerenah Robert sedang menghalang kereta miliknya. Yang tak boleh diterima, Robert saja berhenti dan berjalan dengan perlahan untuk melintas jalan. Sia-sia je kalau kena langgar.
Menurut @pelisahh, ‘Oyen’ ingin melintas jalan kerana dia ternampak ada ‘benda’ di bawah kereta yang berada di seberang jalan.
Video tersebut telah mendapat hampir setengah juta di Twitter. Menjengah di ruangan komen, Rata-rata netizen terhibur dan geram dengan kerenah kucing itu dan menyifatkan kucing nakal itu kuat ‘menganjing’.
Ada juga netizen yang sempat bersoloroh kononnya Robert merupakan ketua kepada kucing-kucing kawasan perumahan itu sebab tu dia tak takut dengan orang. Kucing-kucingku gangster.
Haish, nasib baik la comel kalau tak aku dah gigit kau.
Baca: “Kalau tak oyen, king buat hal” – Netizen Pelik Macam Mana Myvi Boleh Tersangkut Ditebing Jalan