in

Menang Artis Komedi Popular ABPBH, Senario Bakal Serah Trofi Kepada Keluarga Arwah Hamdan

2Senario

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan lawak lagenda Malaysia, Senario telah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi.

Biarpun pernah menyepi untuk beberapa ketika, kumpulan Senario ternyata masih relevan di mata peminat-peminat mereka.


Screenshot 2024 10 12 At 1.34.10 Pm

Menerusi kemenangan itu, kumpulan Senario telah sebulat suara dan sepakat untuk menyerahkan trofi kemenangan kepada keluarga Allahyarham Hamdan, yang merupakan bekas ahli kumpulan mereka.

Memetik laporan mStar, salah seorang anggota Senario, Saiful Apek berkata mereka memang telah memasang niat untuk memberikan waris Arwah Hamdan sekiranya menang. Apek juga menambah, perkara itu telah disepakati ahli-ahli yang lain sebagai simbolik penghargaan kepada Arwah Hamdan yang pernah bersama Senario satu ketika dahulu.

Screenshot 2024 10 12 At 1.34.31 Pm

Untuk rekod, Allahyarham Hamdan menghembuskan nafas terakhirnya pada Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

 

Baca: “Semua ada!” – Orang Ramai Excited Tengok Senario Kembali Dengan Semua Ahli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.