in

Mekanik Dipenjara 26 Tahun Kerana Rogol Anak Tiri Selama 4 Tahun Hingga Mengandung

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun bukan bapa kandung, seorang bapa tiri seharusnya menggalas tanggungjawab yang sama untuk menjaga anak tiri dengan baik sebagai ketua keluarga. Namun seorang lelaki ini sebaliknya telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak tirinya. Menurut Asia One, seorang lelaki telah ditahan kerana merogol anak tirinya berusia 14 tahun sejak 4 tahun lalu.


Pencabulan
gambar hiasan

Perbuatannya mula terbongkar selepas ibu kepada remaja malang itu mula menyedari akan kehamilan anaknya apabila perutnya makin membesar dan terdapat pergerakan apabila dipegang. Apabila ditanya, anaknya akhirnya mengaku bahawa selama ini dia telah dirogol bapa tirinya sejak berusia 10 tahun lagi.

Selepas membuat pemeriksaan di hospital, laporan mengesahkan bahawa remaja itu kini hamil 22 minggu. Menurut mangsa, dia terpaksa menyembunyikan hal itu kerana bimbang ianya akan merosakkan rumah tangga ibu dan bapa tirinya.

Preggy
gambar hiasan

Suspek yang berusia 35 tahun itu mengaku telah melakukan kesalahan terkutuk tersebut di rumahnya yang terletak di Sungai Buloh pada pukul 2 pagi, 30 Julai lalu, lapor NST.

Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali menjatuhkan hukuman kepada suspek sebanyak 26 tahun hukuman penjara dan tiga sebatan kerana melakukan sumbang mahram dan lapan tahun hukuman penjara dan tiga sebatan kerana melakukan hubungan seks secara fizikal.

Image 1
gambar hiasan

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, tugas seorang bapa tiri sepatutnya melindungi mangsa, bukannya mengambil kesempatan remaja tersebut dan menghamilkannya pada usia yang muda sehingga membuatkan mangsa trauma. Betul tu! 

Suspek akan menerima hukuman bermula pada tarikh penangkapannya iaitu pada 5 Ogos lalu.

Walaupun bukan bapa kandung tapi tanggungjawab tetap sama. Jangan ambil kesempatan terhadap anak! 

Baca: Dua Beradik Dirogol Bapa Kandung, Datuk dan Dua Bapa Saudara Sejak 6 Tahun Lalu

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.